Biasalah perempuan ada fasa merajuk - Noor Nabila - Utusan Malaysia

Biasalah perempuan ada fasa merajuk – Noor Nabila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Usahawan yang juga kakak kepada Noor Neelofa, Noor Nabila, 38, mengakui tindakannya meletakkan gambar bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin di dalam arkib Instagram, baru-baru ini kerana merajuk dengan suaminya.

Menurut Nabila, berlaku sedikit perselisihan faham dengan suami menyebabkan dia mengambil keputusan itu hingga mencetuskan pelbagai spekulasi terhadap rumah tangga mereka.

“Biasalah… Dalam perkahwinan ada turun dan naiknya. Ketika itu saya tengah geram, jadi saya arkibkan semua gambar dengan suami, tetapi tidak padam.

“Bila kita jadi perhatian, benda kecil pun akan jadi besar. Padahal, wanita lain pun kalau gaduh memang itu perkara pertama yang akan dibuat.

“Boleh dikatakan, saya agak emosi ketika itu. Tetapi biasalah, perempuan berjiwa lembut. Walaupun ia cuma hal kecil, saya bila merajuk memang lama,” katanya.

Nabila berkata demikian ketika ditemui pada majlis resepsi Pakar Pelaburan Saham, Datuk Dr Nazri Khan atau DDNK di sebuah hotel, malam tadi.

Nabila berkata, dia tidak terkejut dengan pelbagai spekulasi yang timbul mengenai rumah tangganya kerana sudah terbiasa berdepan situasi seperti itu.

“Kita sudah tahu implikasinya sebab Neelofa dan keluarga selalu jadi perhatian. Terkena tempias itu sudah biasa, tetapi saya perlu berhati-hati.

“Masa tengah geram, saya tidak fikir panjang. Kadang-kadang bila orang nak jatuhkan hukum, kita tidak perlu ambil peduli. Kita tidak boleh puaskan hati semua orang,”katanya.

Menyentuh mengenai perkongsian di media sosial, jelas Nabila, dia cuma bersikap jujur dan tidak mempunyai niat atau strategi lain apabila memuat naik sesuatu hantaran.

“Apa sahaja yang saya kongsikan di media sosial atau TikTok seperti rakaman anak saya belajar solat dan keletahnya, itu semua tulus dari hati,” katanya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu.

Nabila sebelum itu mendirikan rumah tangga dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017, tetapi berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Sementara itu, Engku Emran pernah bernikah dengan penyanyi dan pelakon jelita, Erra Fazira. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya sebelum berpisah pada 18 Februari 2014.

Dia juga pernah berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada September 2017, namun perkahwinan yang berakhir pada Julai 2020 itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya