Tidak jadi jual aset, Man Raja Lawak nafi berpura-pura buat baik -

Tidak jadi jual aset, Man Raja Lawak nafi berpura-pura buat baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETAHUN lalu pelawak ini mendapat perhatian melalui keprihatinannya menawarkan bantuan RM50,000 kepada individu yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19. Ternyata pilihan untuk berkongsi hadiah kemenangan Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) turut menyentuh hati ramai pihak.

Namun peruntukan yang pada mulanya dianggap mencukupi itu rupanya melebihi jangkaanya. Rententan itu, Man Raja Lawak turut membuat kenyataan akan menjual kereta dan motosikal berkuasa tingginya untuk membantu lebih ramai pihak.

Namun kegagalannya berbuat demikian akhirnya memakan diri apabila ada yang mendakwa dia hanya mencari ruang untuk mencipta sensasi sahaja.

Malah apa yang disampaikan kepada Kekda juga, anggota kumpulan Puteh ini juga sekadar berpura-pura ingin membantu demi populariti diri.

Bagaimana rancangan Man untuk menjual kereta dan motosikal bagi membantu mereka yang terkesan dengan Covid-19?

Sebelum ini saya sudah peruntukkan RM50,000 ingatkan tidak cukup pada mulanya sebab itu saya keluarkan kenyataan mahu jual kereta dan motosikal. Tetapi bila saya lihat semua macam sudah beransur baik jadi saya tidak jadi jual. Ikutkan memang ada yang menawarkan untuk membeli kereta dan motosikal itu, tetapi apa yang saya kesal tawaran harga yang diberikan sangat tidak masuk akal. Terlalu murah sangat sampai saya rasa tidak berbaloi selain macam cuba ambil kesempatan pun ada. Memang saya tidak jadi jual lah.

Bila ada yang kata kenyataan yang dikeluarkan Man untuk menjual itu sekadar tarik perhatian sahaja, memang tidak ada niat dari awal, komen Man?

Bagi saya orang yang keluarkan kenyataan yang memburukkan orang ini ada di mana-mana. Walaupun niat kita hanya untuk membantu orang. Bukan saya berlagak mahu menjadi hero atau apa. Melihat kehadiran Ustaz Ebit Lew saya selalu fikir apa akan jadi kepada negara kita kalau ada lebih ramai orang macam dia. Jadi melalui usaha itu saya turut memulakan sesuatu yang baharu ketika ini apabila setiap bulan saya akan peruntukan RM5,000 untuk membantu orang.

Menambah perisa kisah Man tidak jadi jual kereta dan motosikal ini juga, khabarnya Man turut meletakkan motosikal mewah Man jauh dari rumah. Sebab takut orang nampak motosikal tersebut. Kenapa pulak?

Saya tidak mahu berselindung soal ini. Bila tidak jadi jual motosikal yang saya maksudkan itu, saya trade-in ambil motosikal lain sebenarnya dan ketika ini memang saya ada dua motosikal. Cuma salah sebuah motosikal saya terpaksa parkir di lokasi berbeza. Saya letakkan di ruangan parkir rumah rakan saya ketika ini. Bukan mahu sorok, motosikal itu agak besar selain kawasan rumah yang saya tinggal ini tidak sesuai memandangkan agak sempit kawasannya. Kalau boleh saya memang mahu motosikal itu depan mata, tetapi terpaksa letak jauh dahulu.

Ada lagi satu Man, bila orang kata Man kurus sebab potong usus, bukan sebab produk yang dijual. Apa jawapan Man?

Saya ni seorang yang penakut, memang tidak terfikir langsung sebenarnya mahu buat proses pembedahan itu. Jujur saya katakan memang produk itu banyak membantu proses penurunan berat badan. Demi membuktikan apa yang saya cakap ini benar, ketika ini berat badan saya sedang naik dan saya akan hilangkan kembali beberapa kilogram. Sebab kalau saya potong usus tidak boleh buat begini.

Difahamkan Ogy Ahmad Daud sudah melunaskan baki baki bayaran untuk pementasan teater Korupsi Dewan Semandung, jadi hubungan dengan Ogy sendiri macam mana? Kalau ada peluang akan kembali bekerjasama, apa kata Man?

Alhamdulillah semua sudah diselesaikan sejak awal bulan ini. Walaupun lambat janji selesai. Ikutkan memanglah mahu bekerjasama lagi, cuma kali ini saya mahu minta bayaran secara tunai lah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN