Penyalahgunaan kalimah Allah bukan isu kecil - NGO Islam 

Penyalahgunaan kalimah Allah bukan isu kecil – NGO Islam 

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya (tengah) bersama wakil NGO pada sidang akhbar Gabungan Nasionalis berkaitan isu stoking kalimah Allah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menyangkal kenyataan pihak tertentu yang menganggap isu penggunaan kalimah Allah di stoking yang kini hangat diperkatakan, tidak perlu diperbesarkan.

Sehubungan itu, dua NGO terbabit iaitu Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu-Islam (Nasionalis) dan Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (PKASM) menggesa polis menyelesaikan segera isu terbabit.

Presiden Nasionalis, Aminuddin Yahaya berkata,  isu membabitkan penyalahgunaan kalimah Allah bukan isu kecil kerana ini melibatkan kesucian agama Islam. 

“Mana boleh tidak dibesarkan, ini bukan isu kecil, bukan isu tanah dan juga bukan isu bangunan tetapi ini isu agama yang paling mulia iaitu Islam,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Aminuddin turut mendesak pemimpin kerajaan dan parti politik beragama Islam untuk membahaskan isu berkenaan di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Pengerusi PKASM, Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari berkata, setakat ini belum ada tindakan tegas yang dikenakan terhadap pasar raya KK Mart sebagai penjual stoking berkenaan. 

“Bukan sahaja tiada tindakan, malah pemimpin parti politik bukan Islam juga antaranya menteri mendakwa isu ini tidak perlu diperbesarkan,” katanya.

Baru-baru ini, rangkaian kedai serbaneka, KK Mart tampil membuat permohonan maaf susulan penjualan stoking berjenama Miranosock tertera kalimah Allah di salah satu cawangannya di Bandar Sunway dekat sini, minggu lalu. 

Susulan kejadian berkenaan, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa murka dan perasaan dukacita baginda walaupun sudah memberi peringatan sebelum ini. 

Justeru itu, baginda mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN