Soalan
Saya dan suami mendapat tawaran mengerjakan haji pada 2020, tetapi tangguh disebabkan Covid-19.
Pada tahun 2023, dipanggil lagi ,tetapi terpaksa tangguh ke tahun 2025, kerana suami jalani pembedahan jantung.
Selepas sihat,suami saya enggan jaga kesihatan,tidak pantang makan, marah marah dan merokok semula.
Ini membuatkan saya terfikir adakah akan dapat ke Mekah pada 2025 nanti. Kadang-kadang saya sudah tawar hati untuk berharap tunai haji.Apakah hukumnya?
Ani
Kuantan
Jawapan
Hukum menunai haji tetap wajib apabila ada kemampuan dan tidak ada halangan halangan seperti yang disebut. Rasa tawar hati tidak menyebabkan haji itu gugur. Mohonlah kekuatan daripada Allah dan taufiq supaya dipermudahkan.
Hukum nikahi ibu mentua
Soalan
Apa hukumnya menikahi ibu mentua selepas kematian isteri yang merupakan anak tirinya
Ingin tahu
Petaling Jaya
Jawapan
Sekiranya dia sudah tidak beristerikan wanita yang merupakan anak tiri kepada mentua tiri itu maka dia boleh berkahwin dengan mentua tirinya sekiranya sudah janda dengan syarat syarat yang dimaklumi.
Mana dahulu solat witir atau tarawih?
Soalan
Bolehkah saya solat witir dulu sebelum solat tarawih? Sebabnya, saya datang lewat ke masjid dan ketika itu imam baru nak mula solat witir.
Jejaka senyum
Bangi
Jawapan
Tidak salah melaksanakan witir dahulu kerana solat witir dilaksanakan selepas solat isyak. Cuma pada bulan Ramadan, elok solat tarawih dahulu dan dijadikan witir sebagi penutup.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada
Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada
[email protected]. – UTUSAN










