Qada solat bertahun ditinggalkan - Utusan Malaysia

Qada solat bertahun ditinggalkan

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Bagaimanakah caranya kita mahu qada solat yang lama-lama. Yang pada zaman muda dulu tak bersolat. Sudah usia 30-an baru rajin solat.

Ben Hashim
Klang

Jawapan
Hukum qada solat adalah wajib dan ia tidak gugur. Cuba kira bilangan anda rasa lebih yakin berdasarkan kiraan tahun yang anda tinggalkan. Lakukan secara berperingkat, misalnya setiap kali solat fardu diqadakan solat yang sama, lama-kelamaan insya-Allah selesailah hutang tersebut.

Pilih jaga ibu, daripada bersama suami

Soalan
Seorang isteri yang suaminya tidak bertanggungjawab dan tidak bekerja memilih untuk tidak lagi tinggal bersama suaminya kerana merasakan lebih baik dia menjaga ibunya yang uzur. Adakah si isteri itu berdosa? Memandangkan suami pun tidak memperdulikannya.

Nurma
Perak

Jawapan
Selagi si isteri itu masih berstatus isteri orang maka dia tidak boleh meninggalkan rumah suaminya, sebaiknya kalau sudah tak berkenan atau tiada persefahaman mintalah berpisah cara yang baik atau tebus talak.

Bacaan solat kuat

Soalan
Apa hukumnya orang perempuan solat dengan bacaan yang kuat. Satu rumah boleh dengar. Apakah sah solat itu?

Intan
Johor

Jawapan
Hukum wanita membaca dengan kuat adalah makruh dan sahih solatnya. Cuma tak berapa elok dia menguatkan suara sampai satu rumah dengar.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya