Imam baca surah panjang - Utusan Malaysia

Imam baca surah panjang

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, saya seorang warga emas. Bolehkah saya solat duduk sebab imam baca surah yang panjang-panjang di masjid? Saya tiada masalah lutut, tetapi bila Imam baca surah panjang, saya tak kuat untuk berdiri lama.

Warga emas
Johor Bahru, Johor

Jawapan

Sekiranya tuan mampu untuk solat berdiri, tuan tidak boleh duduk kerana tuan boleh bermufaraqah dengan imam sekiranya dia baca surah yang terlalu panjang.
Sepatutnya imam itu membaca surah yang pendek seperti Ad-Duha dan sebagainya. Tindakan membebankan makmum yang tua dan uzur adalah sesuatu perkara yang ditegah oleh Nabi agung kita.

Bayar zakat duit pelaburan

Soalan

Adakah duit pelaburan Amanah Saham yang cukup haul dan nisabnya perlu dikeluarkan zakat berdasarkan pengiraan melibatkan jumlah pokok dicampur dengan pulangan tahunan?
Setahu saya kalau kita mendapat duit sewa bangunan wajib dikeluarkan zakat berdasarkan pengiraan dan hasil sewa sahaja, bukannya dicampur dengan nilai pokok pelaburan (iaitu nilai bangunan).

Zul Zainal
Kuala Lumpur

Jawapan
Ya, sudah tentu begitu kerana sebahagian ulama menganggapnya seperti zakat perniagaan. Sebaiknya, rujuk lah pusat zakat di negeri anda kerana mereka sudah ada kiraan yang tepat.

Warnakan rambut hitam untuk suami

Soalan
Apakah hukumnya mewarnakan rambut yang beruban kepada warna hitam untuk suami.

Isteri taat
Jitra, Kedah

Jawapan
Hukum mewarnakan rambut putih dengan warna hitam terdapat dua pandangan di dalam mazhab pendapat terkuat adalah haram dan pendapat kedua, menyatakan makruh. Al imam Ibnu Hajar al Asqalani di dalam fathul bari menyatakan makruh. Yang aula mengelakkannya melainkan terdapat keperluan seperti pegawai polis yang memerlukan nampak gagah maka dia boleh mengambil pendapat yang makruh untuk memakainya.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya