Zikir dan gila isim - Utusan Malaysia

Zikir dan gila isim

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, betulkah kalau terlalu banyak berzikir dan mengamalkan ayat-ayat tertentu dalam al-quran tanpa merujuk atau berguru dengan alim ulama boleh menjadikan seseorang itu terkena ‘gila isim’?

Abdul Fattah
Bidor, Perak.

Jawapan
Tidaklah semestinya menjadi begitu. Beramal dengan zikir yang ada dalam al-Quran dan Sunah ia adalah paling afdal. Namun kadang-kadang terdapat seseorang menjadi tak sedar disebabkan terlampau takut dan keadaan tidak terkawal yang dipanggil Mahzub. Dia tidaklah gila cuma kurang sedar ketika waktu itu. Apa-apa pun bersederhana dalam semua perkara.

Pelihara anjing di rumah

Soalan
Bolehkah seorang Islam membela anjing kerana kasihan anjing itu mungkin dilanggar kenderaan di jalan raya dan membawa balik menjadikan anjing itu penjaga rumah?

Syarifah Adila
Pulau Pinang

Jawapan
Seseorang itu boleh berbakti kepada anjing dengan memberi makan kepadanya kerana ia sebahagian daripada nilai rahmah. Adapun untuk memeliharanya di rumah ia tidak dibolehkan melainkan terdapat asas syarie seperti menjaga keselamatan. Ada pun keadaan sedemikian cukup dengan memberi makan atau merawatnya.

Selawat atau zikir

Soalan
Ustaz, betulkah amalan berselawat ke pada Nabi Muhammad SAW itu adalah lebih disukai Allah berbanding zikir-zikir lain?

Johari Ali
Linggi

Jawapan
Berselawat kepada Nabi adalah di antara amalan yang teragung selapas zikir La ilaha illalllah. Berselawat kepada Nabi banyak fadilat dan keistimewaan. Jangan terlalu fikirkan isu zikir yang paling afdal . Amalkan semua zikir yang warid dan bahagikan masa untuk setiap zikir tersebut. – Mingguan Malaysia.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya