Bertudung tapi tak solat - Utusan Malaysia

Bertudung tapi tak solat

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ustaz, apakah hukumnya seorang wanita bertudung kepala tetapi tidak solat. Ramai yang begitu. Tutup kepala sebab ibu bapa atau suami suruh, tapi tak solat.

Nik Azli
Kuala Lumpur.

Jawapan
Hukum wanita menutup kepala adalah sifat terpuji kerana dia telah menutup auratnya dan mendapat pahala insya-Allah. Dalam masa sama, dia telah melakukan dosa paling besar iaitu meninggalkan solat kerana ia rukun agama. Maka, kedua-duanya amalan akan ditimbang di akhirat di antara pahala memakai tudung dan dosa meninggalkan solat. Dari sudut zahirnya sangat berisiko kerana dosa meninggalkan solat lebih berat daripada pahala memakai tudung. Maka tunaikanlah solat dan tutuplah aurat.

Korban ayam atau burung

Soalan
BolehkAH menyembelih ayam atau burung untuk korban kerana tidak mampu beli lembu?

Hasbullah Amin
Kampar, Perak

Jawapan
Pandangan majoriti ulama tidak membolehkan berkorban selain unta, lembu dan kambing. Terdapat ulama Syafie yang mengharuskan korban ayam bagi fakir atau miskin sebagai satu korban majazi. Maka sekiranya seorang miskin teringin untuk beribadah korban bolehlah dia mengikut pendapat ini dengan syarat dia miskin.

Beri daging korban pada bukan miskin

Soalan
Bolehkah daging korban diberi kepada jiran-jiran yang bukan dalam golongan orang susah?

Nurul Aini
Bentong, Pahang

Jawapan

Boleh diberikan daging korban kepada jiran-jiran yang bukan miskin dengan syarat terdapat bahagian mentah yang diberikan kepada orang miskin.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya