Hukum hancurkan rumah tangga orang - Utusan Malaysia

Hukum hancurkan rumah tangga orang

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Apakah hukum wanita yang menghancurkan rumah tangga orang lain walaupun pengganggu itu akhirnya berkahwin dengan suaminya? Berdosa atau terima saja suratan takdir.

Nurul Fatin
Kuala Lumpur

Jawapan
Hukum meruntuhkan rumah tangga orang lain dengan menyebabkan isteri pertama menjadi terabai dan teraniaya adalah terlarang. Adapun berkahwin secara syarak tanpa mengganggu hak isteri pertama, ia tidak mengapa.

Guna sumbangan wang si mati

Soalan
Bagaimana kedudukan hukum sumbangan dari orang yang menziarahi keluarga si mati yang diletakkan di dalam tabung? Adakah ia hak anak yatim yang ditinggalkan dan perlukah minta izin dari mereka untuk digunakan untuk bayaran hutang si mati atau tujuan kenduri?

Normah Zainal
Perak

Jawapan
Sumbangan wang tersebut adalah untuk keluarga si mati. Ia bukan lagi harta waris. Yang lebih baik diletakkan di dalam tabung untuk bantuan keluarga dan mereka bahagikan antara mereka secara adil.

Memukul orang kurang upaya

Soalan
Apakah hukumnya memukul anak OKU yang nakal untuk tujuan mengajar. Berdosakah?

Hamba Allah
Johor Bahru

Jawapan
Elakkan daripda memukul golongan yang lemah kerana mereka tidak sempurna. Nabi Muhammad SAW tidak pernah memukul dan mencela orang lain.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya