Hantavirus: Kita tidak boleh alpa - Utusan Malaysia

Hantavirus: Kita tidak boleh alpa

Pelancong luar negara disaring di pintu masuk negara ini ketika pandemik Covid-19 dahulu,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KINI dunia heboh tentang penemuan virus baru iaitu Virus Hanta (HV) iaitu sejenis virus RNA yang berasal daripada tikus. Virus ini daripada keluarga Hantaviridae. HV ini mempunyai 38 strain dan ia boleh juga ditemui pada haiwan lain seperti tupai, dan kelawar. Tikus ini boleh membawa dan membiak virus dalam badannya tanpa menunjukkan apa-apa simptom atau kematian.

Tikus merupakan haiwan reservoir dan virus ini kemudian dikeluarkan daripada hasil kumuhan tikus (contoh dalam najis, air kencing), air liur, malah bangkai tikus tersebut (jika tikus menghidap HV).

HV ini pernah suatu masa dahulu dikesan dalam tikus tempatan di Pelabuhan Klang, Kelantan, dan Pulau Pinang. Bagaimanapun, penemuan ini adalah lama dahulu dan tidak ada kes HV terjangkit kepada manusia berlaku.

Ini bermakna virus tersebut tidak berada dalam nilai ambang jangkitan yang tinggi di Malaysia, jadi agak sukar tikus lokal bertindak membawa HV dan menyebarkan ke manusia.

Kesan HV ini umumnya ada dua. Pertama HV Cardiopulmonary Syndrome (HPS), disebabkan strain Andes. Ia kerapnya akan menyerang paru-paru dan jantung pesakit. Virus ini berlegar sekitar dua benua iaitu di Amerika Utara dan Amerika Selatan (New World America).

Ia berupaya menyebabkan kadar kematian setinggi 40 hingga 50 peratus. Terdapat juga jenis, kedua iaitu haemorrhagic fever with renal syndrome (HFRS), jenis HV ini iaitu Seoul strain yang kerap berada di benua lama (Old World) iaitu benua Asia dan Eropah.

HFRS ini menyerang buah pinggang mangsa, sehingga boleh menyebabkan kegagalan ginjal pesakit. Ia turut dianggap kurang parah berbanding HPS.

Cara merebaknya HV
Daripada rujukan-rujukan mengenai jangkitan dan rebakan hantavirus di luar negara, tikus yang mengkumuhkan HV ini melalui najis, kencing tikus, air kencing tikus ini terdedah dan virus memasuki udara terusik dan dihidu melalui pernafasan ke manusia, terutama najis baru.

HV ada berbagai strain dan strain Andes ini sahaja yang didapati, boleh merebak ke manusia, dan daripada manusia ke manusia lain. Cara rebakkan ini juga tidak berlaku secara rambang dengan mudah, tetapi memerlukan kontak rapat dengan pengidap HV lain, contoh duduk sebilik dan jangkamasa yang agak lama.

Ini berbeza dengan Covid-19, di mana rebakan jangkitan melalui udara (pernafasan) mudah berlaku, malah dengan berada pada bilik yang sama sudah boleh menjangkiti Covid-19.

Antara simptom HV adalah merupai jangkitan virus lain (flu-like illness) seperti Covid-19, pneumonia (radang paru-paru), influenza, leptospirosis, dan denggi. Jangkitan ketara akan timbul antara satu hingga lapan minggu selepas pendedahan ke virus dan umumnya waktu ini dinyatakan sebagai waktu inkubasi penyakit HV.

Tanda awal adalah demam, sakit kepala, sakit badan, keletihan, batuk, susah bernafas, loya, muntah dan cirit, paru-paru berair, dan akhirnya kegagalan paru-paru.

HV ini merebak sama ada melalui inhalasi najis tikus (yang bertebaran dalam udara) atau melalui kontak rapat ke pesakit HV lain. Kedua, pendedahan ini masih boleh berlaku jika kita terdedah ke pesakit di luar negara atau terdedah ke tikus pembawa di persekitaran anda di luar negara di mana populasi tikus adalah tinggi.

Pendedahan dalam negara sukar berlaku kerana tiada pendedahan tikus positif HV yang sukar berlaku, dan tiada kes HV yang positif dalam negara. Walaupun begitu, terdapat beberapa kes HV disaring, di Filipina dan Singapura yang masih berada dalam kuarantin, walaupun saringan awal adalah negatif.

Indonesia pernah mempunyai 23 kes pasti (strain Seoul) dari tahun 2024 hingga 2026, dan melibatkan tiga kematian.

Pastikan kebersihan alam sekitar
Buat masa kini, belum ada vaksin HV dijual secara besar-besaran, walaupun sudah ada di peringkat ujian klinikal, dan rawatan kes adalah umumnya bersifat simptomatik. Malah kes HV yang parah (severe), berkemungkinan pesakit akan ‘ditidurkan’ dan di ventilasi di ICU hospital.

Sungguhpun tiada kes HV berlaku dalam negara, kita tidak boleh alpa, kerana tikus adalah haiwan ‘kotor’ (seperti juga lipas dan lalat) yang menjadi pembawa beberapa penyakit, contoh kencing tikus (Leptospirosis), Salmonella, jangkitan virus yg boleh menyerang selaput otak (meninges), Plaque, cacing tapeworm and pembawa parasit.

Oleh itu, pastikan tempat sekitar kita sentiasa bersih daripada sampah sarap dan jika menyimpan barang- barang lama, yang boleh menjadi tempat pembiakan tikus. Untuk pemantauan tikus di kapal laut, tikus yang mati atau tikus boleh ditangkap. Seterusnya sampel tikus dari kapal boleh diperiksa untuk mengesan jika positif virus Hanta ini.

Jika terdapat pelawat pula dari luar negara contoh dari Amerika, Eropah, malah dari negara sekitar Asia sendiri, apabila masuk ke negara kita dan jika mereka mempunyai simptom contoh demam, batuk, maka mereka juga patut diperiksa dan disaring untuk HV (ujian ELISA).

Ini lebih-lebih lagi jika mempunyai sejarah perjalanan mereka terdedah kepada persekitaran terdapat kumbahan tikus. Contoh ketika perkhemahan, membersihkan stor, pergi ke hutan, berkebun dan menebang.

Dr. Sharifa Ezat Wan PuteH ialah Dekan Pusat Pengajian Sains CITRA, Pakar Kesihatan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN