Espresso segar kurang seminit dengan Baristina

Espresso segar kurang seminit dengan Baristina

patt Sue-An (dua dari kanan) bersama Jason Loo (paling kiri) dan Sean Lee (paling kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Budaya minum kopi di Malaysia semakin berkembang dari hari ke hari. Jika dahulu secawan kopi premium hanya boleh dinikmati di kafe, kini trend itu mula berubah apabila semakin ramai memilih untuk menghasilkan kopi berkualiti di rumah.

Menyedari perubahan gaya hidup itu, Philips memperkenalkan mesin espresso terbaharunya, Baristina yang direka khas untuk memudahkan penyediaan espresso sebenar.

Dengan konsep “Real Espresso, Made Simple”, Philips Baristina menawarkan pengalaman menyediakan kopi yang lebih ringkas tanpa mengorbankan rasa dan kualiti.

Hanya dengan satu butang pada pemegang penapis (portafilter), mesin ini akan mengisar, memadatkan dan membancuh biji kopi secara automatik.

Hasilnya, secawan espresso segar boleh disediakan dalam masa kurang daripada seminit. Tidak perlu menjadi barista profesional atau menguasai teknik yang rumit kerana semuanya dilakukan secara automatik.

Pengarah Komersial Philips Domestic Appliances Malaysia, Patt Sue-Ann berkata, ramai pencinta kopi mahukan pengalaman menikmati espresso berkualiti di rumah, namun sering beranggapan proses penyediaannya terlalu sukar.

Menurutny, mesin ini turut mengisi ruang antara mesin espresso tradisional dan sistem kapsul. Pengguna masih bebas memilih biji kopi kegemaran mereka tanpa bergantung kepada kapsul pakai buang, sekali gus memberikan pengalaman menikmati kopi yang lebih peribadi.

Bagi memperkenalkan Baristina kepada rakyat Malaysia, Philips turut bekerjasama dengan dua figura yang cukup dekat dengan dunia kopi, iaitu juara barista negara sebanyak empat kali, Jason Loo, serta pelakon dan pengacara terkenal, Sean Lee.

Jason bukan nama asing dalam industri kopi tempatan. Selain pernah muncul dalam kelompok empat terbaik Kejohanan Barista Dunia, dia juga merupakan pengasas bersama Yellow Brick Road dan Contour.

Sementara itu, Sean pula mewakili generasi moden yang mahukan secawan kopi berkualiti sebagai sebahagian daripada rutin harian.

Dari segi ciri, mesin ini dilengkapi pengisar seramik yang mampu melaras tetapan mengikut jenis biji kopi secara automatik bagi memastikan aroma dan rasa dapat diekstrak dengan optimum.

Ia turut menggunakan pam tekanan 16 bar yang menghasilkan espresso lebih pekat lengkap dengan lapisan crema seperti di kafe.

Bagi mereka yang menggemari latte atau cappuccino, Philips turut menawarkan alat pembuih susu berasingan yang boleh menyediakan buih susu panas atau sejuk dalam beberapa saat sahaja.

Reka bentuknya yang kompak memudahkan mesin ini diletakkan di mana-mana ruang dapur tanpa memakan banyak tempat.

Baristina juga lebih mesra alam kerana tidak menggunakan kapsul plastik sekali guna. Hampas kopi yang terhasil boleh dijadikan kompos, manakala mesin ini hadir dalam pilihan warna Black dan Milky White dengan pemegang portafilter yang boleh ditukar mengikut cita rasa pengguna.

Philips Baristina kini boleh didapati secara eksklusif di Harvey Norman serta menerusi platform TikTok Shop terpilih, manakala aksesori seperti pembuih susu dan pemegang portafilter dijual secara berasingan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN