Transformasi sistem ganjaran ke arah aset digital - Utusan Malaysia

Transformasi sistem ganjaran ke arah aset digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sistem mata ganjaran yang sebelum ini banyak menggunakan kupon fizikal dan kad keahlian, kini mula beralih ke platform digital.

Ia termasuk menerusi penggunaan e-wallet, aplikasi dan program kesetiaan.

Bagi memastikan usaha itu terus berkembang di negara ini, WhaleBuy Malaysia bekerjasama dengan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN).

Pengerusi WhaleBuy Group, Datuk Seri Lim Kor Kiat berkata, menerusi  Inisiatif Transformasi Ekonomi Digital itu, pihaknya menggunakan pendekatan baharu yang mampu memberikan manfaat jangka panjang kepada ekonomi digital negara.

Langkah itu bukan sahaja mengukuhkan hubungan antara pengguna dan pemilik jenama, malah membantu perniagaan tempatan meningkatkan pertumbuhan serta mengurangkan kos yang ditanggung pengguna.

“Matlamat kami adalah untuk membentuk ekosistem ekonomi digital yang lebih berkualiti, di mana kesetiaan pengguna dapat diterjemahkan kepada pertumbuhan jenama yang berterusan. Transformasi ini memberi nilai yang lebih bermakna kepada semua pihak,” katanya baru-baru ini.

WhaleBuy yang berpangkalan di China terlibat dalam pembangunan program kesetiaan pengguna sejak 2008.

Kata Kor Kiat, antara sektor yang menjadi fokusnya dalam pelaksanaan program itu ialah industri runcit, makanan dan minuman serta perkhidmatan.

Beliau yakin inisiatif berkenaan mampu memberi impak besar kepada ekosistem digital tempatan dengan menggabungkan teknologi, pembangunan jenama dan kesetiaan pengguna dalam satu rangka kerja yang lebih menyeluruh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN