Flos gigi boleh bermula sejak kecil

Flos gigi boleh bermula sejak kecil

SEMAKAN di beberapa klinik swasta mendapati kos rawatan asas seperti mencabut gigi boleh mencecah sehingga RM90 sebatang dan tampalan sekitar RM80. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RUTIN penjagaan flos gigi sudah boleh dilakukan sejak kecil bagi menjaga kebersihan mulut yang optimum.

Pakar Pergigian Klinik Pergigian Yes Dental, Dr.Yasmin Lukman berkata, flos boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak seawal mereka mempunyai gigi kekal atau apabila gigi mereka mula rapat.

Katanya, membiasakan kanak-kanak dengan flos gigi sejak kecil akan memberi kesedaran tentang pentingnya kebersihan mulut yang menyeluruh serta membantu membentuk tabiat penjagaan mulut yang baik sejak kecil.

“Walaupun kanak-kanak mungkin belum dapat melakukannya dengan sempurna, ibu bapa boleh membantu mereka menggunakan flos dengan betul.

“Mengamalkan flos sejak usia muda membantu membentuk tabiat penjagaan mulut yang baik, sekaligus mencegah masalah gigi berlubang dan penyakit gusi pada usia dewasa,” katanya.

Bagi sesetengah orang,penggunaan flos mungkinkelihatan seperti tugas yang memenatkan.

Namun begitu, ujarnya, langkah kecil ini boleh memberi impak besar terhadap kesihatan mulut seseorang.

“Meskipun ia memerlukan sedikit usaha tambahan,manfaat yang diperoleh jauh lebih berbaloi dan dapat mencegah pelbagai masalah gigi di masa hadapan,” ujarnya.

ELAK NAFAS BERBAU

Dalam rutin penjagaankebersihan mulut, flos gigi memainkan peranan penting dalam memastikan mulut kekal sihat dengan kaedah pembersihan yang lebih terperinci.

Meskipun kelihatan sepertialat yang ringkas namun fungsinya jauh lebih besar daripada yang disangka.

Flos adalah sejenis benang halus yang digunakan untuk membersihkan bahagian celah gigi yang sukar dicapai oleh berus gigi biasa.

Katanya, flos direka khas untuk memastikan kotoran yang tersembunyi di bahagian celahan gigi dapat dibuang dengan lebih efektif.

“Penggunaan flos secara berkala dapat memastikan tiada sisa makanan atau plak yang terperangkap dicelah gigi. Ini penting untukmengelakkan nafas berbau dan mengurangkan risiko gigi berlubang atau penyakit gusi.

“Flos juga berperanan penting dalam membersihkan bahagian bawah gusi iaitukawasan kritikal di manaplak dan bakteria mudah terkumpul, yang seterusnya boleh menyebabkan masalah seperti gingivitis jika tidak dijaga dengan baik,” katanya.

Tambahnya, amalan menggunakan flos gigi sekali sehari, terutama selepas menggosok gigi pada waktu malam sangat penting.

Hal ini kerana, ketika tidur,bakteria akan berkembang dengan lebih aktif dan kebersihan mulut yang tidak sempurna sebelum tidur dapat meningkatkan risiko masalah gigi.

Mempunyai gigi yang bersih bukan sahaja mencerminkan kebersihan diri, tetapi juga memberi gambaran pertama tentang personaliti seseorang di mata masyarakat.

JENIS FLOS

Mengulas mengenai kepelbagaian jenis os, Yasmin menjelaskan terdapat pelbagai jenis flos gigi yang boleh dipilih mengikut keperluan mulut individu, antaranya termasuk flos berlilin, flos tanpa lilin dan superflos.

Jelasnya, setiap satu jenis flos tersebut direka untuk memenuhi keperluan pembersihan yang berbeza.

“Flos berlilin lebih licin dan mudah digunakan, manakala flos tanpa lilin biasanya lebih tebal dan memberikan pembersihan yang lebih kasar.

“Bagi mereka yang memakai pendakap gigi, flos jenis superflos sangat disarankan kerana ia direka khas untukmembantu membersihkan ruang antara pendakap dan wayar gigi.

“Pemilihan flos gigi yang sesuai sangat bergantung padakeadaan gigi seseorang. Bagi mereka yang mempunyai gigi rapat, flos tanpa lilin mungkin lebih berkesan kerana ia dapat mencapai ruang yang lebih sempit,” jelasnya.

Dengan pendekatan yang tepat, kesihatan mulut dapat dijaga, sekali gus mencegah masalah gigi dan memberi impak positif terhadap kesejahteraan tubuh secara menyeluruh.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN