Usah ambil ringan masalah kulit

Usah ambil ringan masalah kulit

Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYI dan kanakkanak melalui fasa untuk membina sistem imun lebih baik. Apabila sistem imun ini mulai matang secara beransur-ansur, ia
menghadapi pelbagai cabaran yang berpunca daripada kuman dan alergen pula.

Adakalanya perkara tersebut turut menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada pelbagai penyakit kulit.

Perkara itu dikongsikan Pakar Perunding Dermatologi Pediatrik di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC), Dr. Heah Sheau Szu yang berkata setiap masalah kulit itu mempunyai rawatan yang berbeza-beza.

“Setiap keadaan kulit mempunyai pendekatan pengurusan yang unik.

“Diagnosis yang tidak tepat boleh membawa kepada rawatan yang mungkin tidak berkesan, sekali gus melambatkan pemulihan atau boleh memudaratkan,” katanya.

JANGAN KELIRU

Hal ini kerana, katanya, kadangkala radang kulit berkenaan boleh mendatangkan kekeliruan kepada ibu bapa sekali gus menyukarkan diagnosis yang tepat.

“Semua penyakit termasuk masalah kulit kanak-kanak perlu diuruskan dengan diagnosis yang tepat, diikuti rawatan bersesuaian.

“Sesetengah keadaan kulit seperti dermatitis atopik boleh berlaku dalam pelbagai rupa dan bentuk.

“Ini mungkin boleh menyebabkan kekeliruan dan disalah anggap sebagai penyakit lain. Persamaan antara masalah kulit ini kadangkala boleh
menyukarkan diagnosis,” ujarnya.

Tambahnya, rawatan untuk penyakit kulit kanakkanak adalah berbeza-beza bergantung kepada keadaan tertentu.

Misalnya, keadaan kulit seperti tampalan salmon dan hiperplasia kelenjar sebum adalah tidak berjangkit dan boleh sembuh dengan sendiri
manakala skabies boleh berjangkit dan seluruh ahli keluarga perlu dirawat.

RUJUK PAKAR

Ibu bapa perlu peka mengenai masalah kulit yang biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

Dr. Heah berkata, kebiasaannya masalah kulit kanak-kanak adalah bersifat benign dan tidak berbahaya.

Bagaimanapun, dalam sesetengah kes ia boleh menjadi serius dengan adanya komplikasi-komplikasi lain.

“Rujuk pegawai perubatan bagi mendapatkan diagnosis dan rawatan tepat sekiranya tidak pasti.

“Setelah didiagnos, pesakit dinasihatkan mengikut pelan rawatan yang diberikan oleh doktor.

Elakkan menggaru kerana ini boleh memburukkan lagi jangkitan,” jelasnya.

Ibu bapa juga ujarnya, perlu sentiasa memastikan kawasan dijangkiti bersih dan kering.

Memakai pakaian longgar dan selesa amat digalakkan bagi mengelakkan geseran di kawasan dijangkiti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN