Ustaz Ashraf terapkan dakwah dalam radio - Utusan Malaysia

Ustaz Ashraf terapkan dakwah dalam radio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah, Ustaz Ashraf Suarin mahu menggunakan peranannya sebagai penyampai radio Zayan FM untuk berdakwah dan menyantuni masyarakat.

Berpandangan bahawa radio juga boleh menjadi platform dakwah, kata Ashraf dia sedar keperluan itu melihatkan keadaan masyarakat ketika ini yang tertekan dengan kesan penularan wabak Covid-19.

“Zaman sekarang penuh tekanan. Matlamat saya nak bawa orang ramai keluar daripada suasana itu menerusi satu segmen sentuhan yang telah pun kami mulakan.

“Kami alu-alukan pendengar, lebih-lebih lagi golongan muda remaja untuk meluahkan tekanan mereka sama ada menerusi panggilan telefon, WhatsApp atau emel.

“Segmen ini juga diisi dengan kisah-kisah inspirasi, mutiara kata dan sentuhan hati. Jadi ini antara usaha kami untuk menarik lebih ramai pendengar untuk radio ini,” katanya.

Ashraf menambah, selepas empat tahun bersiaran, Zayan FM berdepan cabaran tersendiri untuk diterima oleh pendengar tempatan.

Katanya, konsep dakwah lebih kreatif dan baharu adalah perlu untuk membolehkan radio ini bersaing dengan radio yang lain.

“Sambutan dan rating sudah meningkat. Zayyan ini cabarannya besar, pengisiannya Islamik yang perlu bersaing dengan radio lain.

“Saya ada pengalaman dalam motivasi. Jadi saya nak aplikasikannya dalam radio ini,” katanya lagi.

Zayan FM dilancarkan pada Oktober 2017 turut menampilkan personaliti-personaliti lain antaranya Mawi, Tajdid Hadhari, Anas Tahir dan Lin Ariffin sebagai penyampai.

Sehingga kini, saluran radio Islamik ini sudah mengumpul 4.6 juta pengikut di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya