Fiza Halim ke itu? - Utusan Malaysia

Fiza Halim ke itu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rasanya sekitar Mei tahun ini, dunia hiburan riuh berkicau tentang kes perceraian penyanyi dan pelakon, Fiza Halim. Ketika itu ramai juga yang terkejut. Mana tidaknya, hampir setahun dia menyimpan rahsia itu.

Tetapi selang beberapa bulan, ada pula isu melibatkan nama selebriti itu apabila dia didakwa menjadi punca keretakkan rumah tangga bekas suaminya sebelum bernikah lagi. Tetapi dakwaan itu kemudian senyap sepi sahaja.

Cuma baru-baru ini, ada kawan Poklip mendakwa, Fiza dikatakan sedang rapat dengan seorang lelaki. Dakwa si polan itu, dia ada ternampak wanita persis Fiza sedang makan malam bersama lelaki tersebut.

Namun awas, pasangan yang dikatakan mirip Fiza itu bukan berdua ya. Ada seorang lagi lelaki bersama mereka. Cuma kelihatan seperti wanita itu cukup mesra dengan lelaki itu. Gaya sepasang kekasih.

Kawan Poklip tak mahulah membawa cerita kan, sebab walaupun kedudukan meja agak dekat tetapi dia tidak berani mengesahkan itu Fiza. Mungkin pelanduk dua serupa. Malah identiti lelaki itu pun masih misteri.

Bagi Poklip, tak salah pun kalau Fiza mahu berkawan dengan sesiapa. Lagipun dia berstatus solo. Jadi, apa salahnya kalau betul pun dia sedang rapat dengan mana-mana lelaki.

Lagipun Fiza mesti mencari lelaki yang mampu menjaga tiga orang anaknya. Mencari seorang lelaki berkeperibadian seorang bapa pun bukan mudah. Betul tak Fiza?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya