Apa lagi yang anda mahu lakukan jika dalam tempoh 30 hari, empat kali rumah anda dilanda banjir? Penat mencuci dan membersihkan rumah belum hilang, kena banjir lagi. Bukan sekali tetapi tiga kali dalam tempoh sebulan.
Begitulah nasib yang menimpa 550 rumah di Kampung Melayu Subang, dalam kejadian banjir kilat terbaru, 2 November lalu. Tiga kali banjir dalam bulan Oktober dan selang dua hari masuk November, lagi sekali banjir.
Warga Lembah Kelang juga pasti gelisah apabila melihat cuaca gelap dan hujan lebat berterusan selama lebih sejam. Kebimbangan paling utama adalah banjir kilat di beberapa batang jalan lebih-lebih lagi jika hujan lebat bermula pukul 3 atau 4 petang.
Ingatkah lagi, kejadian banjir besar di Selangor pada Disember 2021? Pada 17 Disember 2021 hingga 19 Disember 2021, Selangor menerima taburan hujan luar biasa di antara 100 mm ke 400 mm secara berterusan.
Ini mengakibatkan banjir di 186 kawasan melibatkan sembilan daerah di Selangor. Antara yang terkesan teruk ialah Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam.
Menurut DOSM, jumlah kerugian keseluruhan bencana banjir di 11 negeri di Malaysia pada ketika itu merekodkan kerugian RM6.1 bilion iaitu bersamaan 0.40 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Ketika itu, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, jumlah kerugian tertinggi direkodkan bagi tempat kediaman iaitu sebanyak RM1.6 bilion dengan Selangor merekodkan jumlah kerugian terbesar iaitu RM1.0 bilion.
Kita sokong arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya dua projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Buloh dan RTB Sungai Damansara bernilai hampir RM700 juta dipercepatkan bagi mengatasi masalah banjir yang berulang di kawasan berkenaan.
Selain mempercepatkan projek jangka panjang itu, satu penyelesaian sementara menerusi pembinaan kolam tadahan turut diarahkan bagi mengurangkan risiko banjir kilat sementara menunggu keseluruhan projek disiapkan.
Sebelum ini, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) mendakwa banjir kilat di Shah Alam adalah kesan daripada aktiviti penebangan hutan di kawasan itu.
Menurut mereka, penduduk sudah menyuarakan kebimbangan sejak 2020, khususnya berhubung kerja-kerja pembersihan hutan di Bukit Cerakah yang telah dinyahwartakan sebagai hutan simpan.
Pada tahun 2024, Utusan Malaysia pernah melaporkan Selangor berisiko alami bencana buruk termasuk banjir besar kesan daripada kemusnahan alam sekitar jika pembangunan yang dirancang di Kawasan Rimba Komuniti Shah Alam (SACF) tidak dilaksanakan secara terkawal.
SACF adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Kekal Bukit Cerakah seluas 406 hektar.
Realitinya, banjir kilat di sekitar Shah Alam baru-baru ini ada kaitan dengan penyusutan kawasan tadahan hujan dan kolam takungan air yang semakin terhad selain kelemahan penyelenggaraan sungai. Dalam bab sungai, rakyat boleh bantu dengan tidak menjadikan sungai tempat buang segala jenis sampah.
Mohd Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Sampai bila nak hadap banjir?

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved