Pengurusan nafi skandal cinta Jisoo dan pemain bola sepak - Utusan Malaysia

Pengurusan nafi skandal cinta Jisoo dan pemain bola sepak

Jisoo dan Heung Min terperangkap dalam gosip percintaan namun dinafikan oleh pihak pengurusan YG Entertainment.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Baru-baru ini, gosip mengenai skandal percintaan antara anggota kumpulan Blackpink, Jisoo dan pemain bola sepak Korea, Son Heung Min bertebaran tanpa sempadan.

Semuanya kerana kedua-dua mereka dikesan berada di Perancis pada masa yang sama menyebabkan ramai mula menyangka bahawa Jisso dan Heung Min merupakan pasangan kekasih.

Bagaimanapun, mengambil tanggungjawab untuk menjelaskan keadaan sebenar, pengurusan Blackpink dan Jisso, YG Entertainment dalam satu kenyataan telah menafikan mengenai desas-desus palsu tersebut.

“Kami ingin menjelaskan bahawa semua gosip mengenai hubungan percintaan berkaitan Jisso Blackpink adalah tidak benar. Kami sedia maklum mengenai desas-desus yang bertebaran namun apabila melihat ia semakin galak diperkatakan, termasuk di peringkat antarabangsa, maka sebuah kenyataan rasmi harus dikeluarkan.

“Kami mohon agar semua pihak berhenti menyebarkan berita palsu dan tidak bertanggungjawab,”katanya.

Jisso baru-baru ini dilihat menghadiri Minggu Fesyen Paris sebagai duta kepada jenama Dior sementara Heung Min pula menyambung kerjayanya di Liga Premier bersama Kelab Bola Sepak Tottenham Hotspur.

Pun begitu, di pihak Heung Min masih belum ada sebarang komen atau makluman balas berhubung isu yang hangat diperkatakan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya