Konsert pertama Dolla 30 Oktober ini - Utusan Malaysia

Konsert pertama Dolla 30 Oktober ini

Kumpulan Dolla bakal mengadakan konsert bagi menjana dana sumbangan kepada para petugas barisan hadapan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Setelah hampir dua tahun mencipta nama, kumpulan Dolla yang dianggotai oleh Tabby, Sabronzo, Angel dan Syasya mengumumkan bakal mengadakan sebuah konsert amal secara maya pada 30 Oktober ini.

Dibawakan oleh MK Group, konsert yang diberi judul Stay Strong Malaysia itu bakal distrimkan secara langsung dari sebuah lokasi tertutup dalam bentuk maya oleh Hitman Group namun tetap menekankan elemen hiburan yang diidamkan oleh rakyat Malaysia di rumah secara selamat.

Konsert yang diadakan bermula pada pukul 8 malam tersebut bukan sahaja dianjurkan untuk menghiburkan penonton, tetapi juga bertujuan mengumpul dana bagi petugas barisan hadapan yang telah memberikan yang terbaik buat semua rakyat Malaysia pada masa yang mencabar ini.

Para penonton boleh menderma dengan mengimbas kod QR dari rakan e-dompet rasmi, FavePay yang bakal dipamerkan semasa konsert tersebut yang mana, seratus peratus sumbangan akan disalurkan untuk membeli bekalan perubatan untuk hospital dan membantu kakitangan perubatan yang telah bertungkus-lumus memerangi pandemik Covid-19.

Mewakili kumpulan, Sabronzo, meyakinkan peminat dan penonton bahawa keempat-empat mereka akan memberikan persembahan dan komitmen yang tinggi untuk konsert itu nanti.

Selepas menerajui carta muzik tempatan dengan single pengenalan mereka Dolla Makes You Wanna, kumpulan ini terus mencuri perhatian penggemar muzik tanah air.

Mereka kemudian melancarkan lagu, Impikan, beserta versi Bahasa Inggerisnya, Watch Me Glow pada Oktober 2020.

Impikan berjaya mendapat satu juta tontonan di YouTube kurang daripada dua minggu dan meraih perhatian media tempatan serta antarabangsa di samping rantau Asia Tenggara dan Korea dengan yang terbaru adalah menerusi lagu Berani yang juga akan dipersembahkan pada konsert itu nanti.

Selain konsert, para penonton akan disajikan dengan kandungan eksklusif seperti lawatan belakang tabir, wawancara, dan sesi interaktif Zoom bersama Dolla dan lain-lain.

Konsert Stay Strong Malaysia akan distrimkan secara langsung melalui https://www.facebook.com/MKGROUP88/ dengan percuma.

Konsert ini turut mendapat sokongan daripada Amazing Creative Group , MK Amusement, Star Planet dan dibantu oleh Bigo sebagai rakan penstriman rasmi dan FavePay sebagai rakan e-dompet rasmi.

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya