Betty Rahmad amal baca al-Quran setiap pagi - Utusan Malaysia

Betty Rahmad amal baca al-Quran setiap pagi

BETTY mensyukuri rahmat Allah kerana memberikannya peluang untuk membaca al-Quran setiap pagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Betty Rahmad mendedahkan asbab perubahan imej menutup aurat di akaun Instagramnya, hari ini.

Menurut adik pelakon terkenal Erma Fatima dan Umie Aida, rutin pagi dia akan membaca al-Quran dan baginya tidak lengkap andai tidak mengamalkan perbuatan tersebut.

“Masya-Allah, alhamdulillah. Tidak pernah terfikir sampai ke sini. Tidak baca sehari rasa tidak lengkap.

“Tapi dari dulu selalu rasa seronok tengok orang berhijrah. Baca al-Quran, khatam, terutama yang seksi tapi tiba-tiba berubah dan berhijab. Selalu terdetik dalam hati saya, apa sebenarnya mereka rasa sampai tiba-tiba berubah?

“Alhamdulillah Allah bagi saya peluang untuk rasa “rasa” itu. “Rasa” yang tak mungkin kita dapat rasa tanpa kita cari. Tujuan sebenar dalam kehidupan,” ujarnya diiringi gambar membaca Al-Quran.

Dalam perkongsian itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini enggan berkata banyak kerana masih belajar tentang ilmu agama.

“Tapi saya berharap sangat dan doa semua kawan-kawan serta pengikut saya akan dapat nikmati “rasa” itu. Doakan saya terus konsisten.

“Saya masih Betty yang tingtong (periang) itu, sekadar hanya mahu berkongsi pada hari yang mulia ini. Salam Jumaat.

“Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada sesiapa yang membaca. Niat saya kongsi kerana Allah SWT,” tulisnya lagi semalam

Sebagai informasi, Betty mula berhijab sejak awal Ogos lalu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya