"Alhamdulillah atas segala ketentuan takdir..." - Niezam Zaidi - Utusan Malaysia

“Alhamdulillah atas segala ketentuan takdir…” – Niezam Zaidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Niezam Zaidi, menganggap segala yang terjadi pada dirinya selama ini adalah satu ketentuan daripada Allah SWT dan menerimanya sebagai suatu qada dan qadar.

Pengakuan itu dibuat oleh Niezam dalam satu hantaran yang dibuat di Instagram semalam sempena menyambut ulang tahunnya yang ke-29.

Menerusi video ringkas yang dimuat naik, Niezam yang popular dengan drama Budak Pailang meluahkan rasa itu selain bersyukur dengan segala yang ditentukan olehNya.

“Assalamualaikum, terima kasih banyak-banyak kerana banyak doakan untuk saya. Semoga anda semua dirahmati oleh Allah SWT. Alhamdulillah, Alhamdulillah atas segala ketentuan takdir dan qada qadar,”katanya.

Perkongsian Niezam itu turut mendapat respons daripada kalangan pengikut dan teman-teman industri.

Antaranya rakan selebriti seperti Nabila Huda, Natasha Elyza, Bella Dowana, Nadzmi Adhwa dan Cat Farish.

Niezam sebelum ini pernah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak atas tuduhan memiliki dadah.

Selainnya, pengarah filem, Mohd Latiff Zami, 49, dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 46, turut mengaku bersalah atas pertuduhan sama.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Niezam didapati ada dalam milikannya 1.15 gram dadah berbahaya jenis Cannabis di rumah di Taman Chandan Putri, di sini, 7.15 pagi, 10 Oktober lalu.

Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 ke atas Niezam dan Mohd Latiff yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Susulan itu,peguam yang mewakili ketiga-tiga mereka memohon untuk jumlah jaminan diringankan dan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari akhirnya membenar mereka dijamin dengan RM3,000 kepada Niezam, RM2,600 kepada Mohd Latiff dan RM3,200 kepada Saiful Zaidrin, masing-masing dengan seorang penjamin.

Kes disambung pada 1 Disember depan untuk sebutan semula bagi pertuduhan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya