STEM rancangan pendidikan baharu - Utusan Malaysia

STEM rancangan pendidikan baharu

Natasha Charmaine membuat eksperimen dalam progam STEM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STEM adalah sebuah rancangan televisyen berbentuk pendidikan yang mengupas definisi STEM iaitu singkatan kepada subjek Sains, Teknologi , Kejuruteraan dan Matematik.

Kaedah STEM digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi.

Selaras dengan matlamat subjek didalam STEM itu sendiri, tajuk-tajuk yang dikupas juga adalah selari dan berkaitan. Selain menyampaikan informasi kepada kanak-kanak terutamanya pelajar rancangan ini juga dipersembahkan dalam bentuk yang mudah difahami dan menghiburkan.

Keperluan kepada STEM wujud apabila kehendak terhadap bidang kerja yang melibatkan STEM adalah jauh lebih tinggi berbanding bidang lain. Oleh itu, rancangan ini dilihat sebagai sumber rujukan kepada para pelajar sebagai persediaan pembelajaran di sekolah dan menghadapi kehidupan hari ini yang banyak berkaitan dengan STEM.

Dua pengacara berbakat iaitu Shah Iskandar Mahfuz dan Natasha Charmaine dipilih mengacarakan program tersebut.

Pengetahuan terhadap STEM merupakan satu keperluan bagi sesebuah negara mencapai status ‘maju sepenuhnya’ dalam kurun ke-21 tetapi apa yang jelas, ramai yang masih samar tentang teknologi-teknologi yang bakal digunakan ini.

Melalui segmen eksperimen, secara tidak langsung akan menyampaikan pengetahuan kepada penonton bagaimana aplikasi STEM digunakan dalam pelbagai sektor seperti pembinaan, pengangkutan, tanaman dan hidupan.

Antara lain, motif dan strategi rancangan ini adalah menanam minat kepada pelajar untuk mengenali lebih dekat bidang berkaitan STEM.

Secara keseluruhan, rancangan yang mengandungi 22 episod ini mengupas permasalahan yang berlaku dalam ekosistem dunia dan memaparkan bakat kreatif serta inovasi dalam bidang reka cipta.

Episod 1 : Kesan Lotus

Episod kesan lotus atau kesan daun teratai adalah tentang kenali daun teratai yang kalis air dan telah diubahsuai oleh para saintis menjadi apisan nano iaitu kalis air dan kalis kotoran.  Eksperimen pula akan membuat perbandingan kasut dan alatan lain yang ada lapisan nano dan yang tiada lapisan nano.

Episod 2 :Tenaga Solar

Sumber tenaga daripada sang suria yang diserap ke panel solar. Bagaimana tenaga solar digunakan secara meluas hari ini dalam kehidupan seharian kita.  Tenaga solar adalah teknologi yang dicipta untuk mendapatkan tenaga daripada cahaya matahari. Tenaga matahari ini telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak beberapa abad yang lepas secara meluas.  Antara contoh penggunaan tenaga matahari adalah pemanasan air, pemanasan banguna dan juga dalam masakan.

Episod 3 : Penjejakan GPS

Sostem Penentu Kedudukan Global (GPS) merupakan sistem navigasi satelit yang dikembangkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
GPS memungkinkan kita mengetahui posisi geografi kita (lintang, bujur, dan ketinggian di atas permukaan laut). Jadi di manapun kita berada di muka bumi ini, kita dapat mengetahui posisi kita dengan tepat.

Episod 4 : Penapis Air

Episod penapis air adalah episod yang akan menceritakan bagaimana proses pembersihan air berlaku daripada sumber air yang ada di Malaysia. Untuk eksperimen pula akan belajar cara menapis air yang kotor secara manual menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti pasir dan batu.

Episod 5 : Robotik

Biasa tengok filem robot, episod kali ini adalah Robotics. Topik yang akan dipelajari adalah apa itu robot dan juga robotics. Apa tujuan robotik dicipta? Dan eksperimen cara mana membuat robot!

Episod 6 : Perladangan Pintar

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Perladangan Pintar atau smart farming? Carian ringkas di Google akan memberitahu bahawa smart farming adalah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pertanian melibatkan pelbagai unsur dan kelengkapan canggih seperti Internet Pelbagai Benda (Internet of Things, IoT), sensor, penggerak (actuator), sistem kedudukan  geo (GPS), dron, robot dan sebagainya. Konsep ini sudah pun diperkenalkan di ladang serata dunia dan dron telah digunakan untuk memerhati pertumbuhan jagung.

Episod 7 : Teknologi Dron

Teknologi yang ada di zaman sekarang semakin maju dan memudahkan manusia dalam melakukan pekerjaan. Daripada pelbagai teknologi canggih saat ini, salah satunya adalah dron. Pada dasarnya dron itu sendiri alat canggih iaitu pesawat kecil yang dilengkapi kamera.  Untuk mengawal dron ini digunakan alat kawalan (remote).  Pada awalnya dron ini hanya digunakan oleh keperluan ketenteraan. Dron yang digunakan pihak tentera berguna untuk mengawasi keadaan diwaktu yang sukar. Dron juga digunakan mengawasi sesebuah wilayah.

Episod 8 : Tanaman Tertutup

Tanaman tertutup adalah satu inovasi hasil Jabatan Pertanian  bagi kaedah tanaman sayuran secara tertutup menggunapakai sistem pencahayaan diod pemancar cahaya (LED) sebagai media fotosintesis bagi menghasilkan tanaman makanan yang berkualiti, segar dan selamat dimakan serta mampu mempercepatkan tempoh tuaian berbanding penanaman secara konvensional.

Terdapat enam faktor kawalan Tanaman Tertutup :
1. Pencahayaan

Natasha Charmaine membuat eksperimen
dalam progam STEM.
2. Pembajaan & Pengairan
3. Gas karbon dioksida
4. Kelembapan
5. Pengudaraan dan
6. Suhu

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya