
“Sudahlah sendu, perangai hampeh!” Amboi marah betul rakan Kekda dengan seorang artis wanita ini. Katanya, kalau dia sebut nama pasti tidak ramai pun yang mengenali artis perasan diva ini.
Cuma, apa yang dia tidak puas hati, sikap tidak semenggah penyanyi ini.
Tidak tahu apa yang membuatkan penyanyi ini yakin dia popular sampai satu tahap turut memandang rendah kepada penyanyi lain. Paling tak masuk akal, dia cukup marah kalau ada artis lain yang mengenakan pakaian seakan penampilannya.
Terus dituduh, ada orang cuba sabotaj selain mendakwa ada yang cuba menjatuhkan karier nyanyiannya. Penyakit delusi ke tu? Jujurnya, setakat hari ini Kekda tidak nampak karier artis ini berkembang pun. Selepas sekian lama menjadi anak seni, boleh dikatakan tiada pencapaian yang boleh dibanggakan.
Malah kalau sebut nama kepada mana-mana rakan wartawan lain pasti yang keluar adalah pertanyaan “siapa tu?”
Kekda harap artis ini keluar dari zon berangan itu. Buka mata luas-luas, jangan sibuk buat teori ada orang cuba jatuhkan kariernya.
Sebab, daripada apa yang Kekda faham, diri sendiri yang sebenarnya menjadi punca karier itu tidak ke mana sehingga sekarang. Sedih!










