Minyak pati E·VŌK buai tidur malam anda - Utusan Malaysia

Minyak pati E·VŌK buai tidur malam anda

e-vok
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Minyak pati diakui mempunyai pelbagai fungsi yang boleh membantu meningkatkan kualiti hidup seseorang.

Ia yang cukup popular dalam rawatan aromaterapi lazimnya dihasilkan menggunakan campuran bahan-bahan terpilih yang dipercayai mampu memberikan ketenangan kepada orang
ramai.

Menyedari kebaikan yang terkandung di dalam minyak pati, Jeunesse Global iaitu syarikat pengeluar produk kesihatan melancarkan Campuran Minyak Pati E·VŌK di Singapura tahun lalu.

Pengurus Besar Jeunesse Global Malaysia, Keith Tang berkata, produk tersebut telah memasuki pasaran tempatan pada 1 Ogos lalu.

Katanya, ia dilancarkan kerana produk tersebut didatangkan dengan pelbagai kebaikan kepada pengguna memandangkan ia dihasilkan daripada bahan-bahan berkualiti tinggi.

Menurut beliau, bagi tujuan tersebut, mereka menjalin kerjasama dengan pakar minyak wangi botanikal terkemuka dari Sepanyol.

Katanya, pakar berkenaan menetapkan bahawa hanya bahan-bahan berkualiti sahaja yang akan digunakan bagi penghasilan minyak pati tersebut dan ia perlu diambil daripada ladang-
ladang terbaik di seluruh dunia.

“Sudah tentu kami bersetuju dengan permintaan tersebut dan hasilnya, bahan-bahan terbaik bagi penghasilan Campuran Minyak Pati E·VŌK diambil dari lima buah benua seperti Eropah
dan Asia,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan sesetengah kajian, bau-bauan boleh meningkatkan mood seseorang sehingga 40 peratus, malah kira-kira 75 peratus emosi individu dirangsang oleh bau yang
dihidu.

“Deria bau memberi kesan terhadap pengalaman kita di dunia sebenar. Ia memberi kesan terhadap keyakinan diri, kualiti tidur, emosi, fikiran serta prestasi fizikal dan memori,” katanya.

Sementara itu, pakar perubatan, Dr. Elina Mohtar Rasali berkata, minyak pati E·VŌK dapat membantu dalam mewujudkan hubungan yang sihat, mengoptimumkan tidur dan
mengurangkan stres.

“Itulah punca bagaimana aromaterapi boleh mencetuskan respons emosi yang tinggi. Ini juga sebabnya mengapa menghidu minyak pati tertentu boleh mewujudkan rasa tenang atau
menjadi lebih peka,” katanya yang menggemari Campuran Minyak Pati E·VŌK Energize.

Selain itu, katanya, produk yang merupakan sebahagian daripada Sistem Peningkatan Remaja (YES) Jeunesse itu juga mesra pengguna dan mudah untuk digunakan pada bila-bila masa.

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Jeunesse.

Produk Campuran Minyak Pati E·VŌK

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya