Penang Port perkukuh operasi dengan 4 kren hibrid baharu

Penang Port perkukuh operasi dengan 4 kren hibrid baharu

SASEDHARAN Vasudevan (dari kiri) bersama Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang, Machida Shinya, Konsul Jeneral Jepun dan wakil Mitsui, Toru Kosaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penang Port Sdn Bhd (Penang Port) melabur sebanyak AS$7.88 juta (RM33.8 juta) bagi meningkatkan kecekapan operasi dan menjaga kelestarian alam sekitar melalui penambahan empat unit kren Rubber-Tyred Gantry (RTG), hibrid baharu daripada Mitsui E & S. Co. Ltd, Jepun. 

Pelaburan ini mencerminkan komitmen Penang Port dalam membangunkan sebuah pelabuhan yang lebih cekap dan lestari, bukan sahaja untuk memenuhi keperluan Pulau Pinang tetapi juga merangsang pertumbuhan di kawasan setempat.

Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port, Datuk Sasedharan Vasudevan berkata, ketibaan empat unit kren RTG hibrid ini merupakan satu impak positif bagi Penang Port dan komuniti setempat.

“Pelaburan ini mengukuhkan komitmen kami dalam meningkatkan kecekapan operasi di samping mewujudkan persekitaran pelabuhan yang lebih hijau dan lestari. 

“Dengan penambahan RTG baharu ini kami yakin dapat menambahbaik pengendalian kontena, operasi akan dipertingkatkan dan yang paling penting, kami dapat mengurangkan jejak karbon demi masa depan yang lebih sihat,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, penambahan empat unit baharu kren RTG hibrid ini menjadikan jumlah keseluruhan kren RTG hybrid kepada 11 unit, daripada 31 unit kren RTG secara keseluruhannya.

Jelasnya, penambahbaikan ini membuktikan dedikasi Penang Port terhadap inovasi, setelah memulakan penggunaan RTG hibrid dengan tiga unit pada tahun 2019 dan menambah empat unit lagi pada tahun 2020.

“Kren RTG hibrid memainkan peranan penting dalam operasi pelabuhan moden dengan keupayaan memunggah dan menyusun kontena intermodal dengan ketepatan tinggi. Keistimewaan utama kren ini adalah gabungan kuasa diesel dan bateri elektrik yang digunakan. 

“Dengan penambahan RTG hibrid ini, Penang Port menjangkakan pengurangan penggunaan bahan api dan pelepasan karbon sebanyak 50 peratus, yang secara tidak langsung memberikan penjimatan kos yang signifikan berbanding RTG berkuasa diesel sepenuhnya,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN