Malaysia dijangka kekalkan trajektori pertumbuhan ekonomi pada 2027 - Utusan Malaysia

Malaysia dijangka kekalkan trajektori pertumbuhan ekonomi pada 2027

GAMBAR HIASAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EKONOMI Malaysia dijangka mengekalkan trajektori pertumbuhan menggalakkan pada 2027 dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh, aktiviti pelaburan yang berterusan serta peningkatan momentum dalam sektor utama khususnya berkaitan teknologi.

Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2027, pembaharuan yang dilaksanakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini akan terus menjadi pemangkin untuk mengekalkan konsolidasi sekali gus meningkatkan keupayaan bagi merancakkan aktiviti ekonomi dan melindungi kesejahteraan rakyat.

“Dalam persekitaran global yang mencabar dan harga minyak mentah yang tinggi, pendirian fiskal akan sentiasa menyokong pertumbuhan di samping mengekalkan komitmen Kerajaan terhadap konsolidasi fiskal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil kerajaan persekutuan dianggar meningkat sebanyak 4.7 peratus kepada RM380.8 bilion dengan kutipan cukai langsung dan tidak langsung mendapat manfaat daripada aktiviti ekonomi yang berterusan serta pematuhan yang lebih kukuh,” katanya dalam laporan itu.

Selain itu, pelaksanaan e-Invois secara berperingkat akan terus menyumbang kepada kutipan hasil berikutan peningkatan pendaftaran pembayar cukai serta pengukuhan pematuhan dan
penguatkuasaan cukai.

“Peralihan kepada Sistem Taksir Sendiri Duti Setem mulai 1 Januari 2027 turut melengkapkan langkah berkenaan,” katanya.

Sementara itu. hasil berkaitan petroleum termasuk dividen kekal signifikan berikutan harga minyak mentah global yang tinggi.

“Tumpuan akan terus diberikan untuk memaksimumkan keberkesanan langkahı has sedia ada dan memperkemas pelaksanaan sekali gus dapat mewujudkan ekosistem percukaian yang lebih jelas dan stabil, menggalakkan persekitaran perniagaan yang kondusif serta meningkatkan daya saing negara.

“Dari aspek perbelanjaan, sumber fiskal akan terus diperuntukkan secara berhemat dan diutamakan kepada program yang memberikan pulangan ekonomi dan sosial yang tinggi.

“Jumlah Perbelanjaan Mengurus (OE) dianggar sebanyak RM376.8 bilion pada 2027 iaitu meningkat 3.8 peratus berbanding anggaran disemak pada 2026 dengan perbelanjaan ditumpukan kepada perkhidmatan awam asas serta sokongan bersasar kepada rakyat termasuk bantuan sosial dan subsidi,” katanya.

Sementara itu, peruntukan perbelanjaan pembangunan (DE) meningkat kepada RM83 bilion dengan sumber disalurkan kepada program dan projek di bawah Rancangan Malaysía Ketiga Belas, 2026 – 2030 (RMK13) khususnya dalam infrastruktur, pembangunan modal insan dan projek berdaya tahan terhadap perubahan iklim yang berpotensi menghasilkan kesan pengganda tinggi.

“Pelaksanaan Akta 882 aka terus memperkukuh ketelusan, persaingan yang terbuka dan nilai untuk wang dalam perolehan kerajaan sekali gus menyokong penggunaan sumber awam yang lebih cekap,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini