Skechers buka cawangan konsep pasar raya mega di Melaka

Skechers buka cawangan konsep pasar raya mega di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jenama kasut dan pakaian sukan antarabangsa, Skechers optimis terhadap pertumbuhan ekonomi domestik serta potensi sektor pelancongan di Melaka apabila membuka cawangan konsep pasar raya mega ‘standalone’ terbesar syarikat itu di Malaysia.

Pengurus Besar Kanan Skechers Malaysia, Stephanie Chang berkata, pembukaan cawangan tersebut merupakan strategi baharu syarikat untuk memperkukuh jenama di luar pusat beli-belah, selain menjadikan Skechers Tarcor Park sebagai hab utama operasi syarikat di negeri itu.

Katanya, sokongan kerajaan negeri termasuk galakan daripada Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menjadi antara faktor utama kejayaan pembukaan cawangan berkenaan.

“Melaka sememangnya destinasi pelancongan domestik dan antarabangsa. Apabila kerajaan negeri memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia dan Melaka, kami melihat peluang besar untuk berkembang di sini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata cawangan berkonsep pasaraya mega ‘standalone’ itu menawarkan lebih banyak kategori produk termasuk kasut berjalan, larian, bola sepak, pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak berikutan keluasan premis yang lebih besar berbanding cawangan di pusat beli-belah.

Dalam perkembangan sama, Skechers memaklumkan keadaan ekonomi global termasuk ketidaktentuan pasaran Amerika Syarikat dan kadar pertukaran mata wang memberi cabaran kepada industri kasut, namun syarikat berusaha mengekalkan keseimbangan antara harga dan kualiti produk.

“Kami cuba menyerap kenaikan kos supaya harga kekal sesuai dengan kemampuan pengguna Malaysia. Pengguna tempatan masih sangat mementingkan nilai untuk wang,” katanya.

Tambah beliau, trend gaya hidup aktif seperti larian, mendaki dan pickleball terus menyokong permintaan terhadap produk sukan walaupun dalam suasana ekonomi mencabar.

Skechers juga menggunakan data daripada program kesetiaan pelanggan untuk mengenal pasti corak pembelian dan sukan yang semakin popular dalam kalangan pengguna Malaysia,” katanya.

Katanya, kategori kasut berjalan masih menjadi produk utama syarikat, manakala kasut larian dan pickleball menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan sejak diperkenalkan beberapa tahun kebelakangan ini.

Mengulas rancangan masa depan, Skechers tidak menolak kemungkinan membuka lebih banyak outlet ‘standalone’ di negeri lain sekiranya terdapat peluang strategik.

Ketika ini, syarikat mempunyai lebih 100 cawangan sendiri di seluruh negara selain kira-kira 300 rangkaian jualan borong menerusi rakan niaga tempatan.

Selain Melaka, Skechers turut merancang pembukaan beberapa cawangan baharu tahun ini termasuk di PNB118, Pulau Pinang Waterfront dan Coldfields Mall, Batu Arang.

Skechers kini secara rasmi membuka berdiri gedung terbesar sendiri pertamanya di Melaka yang terletak di Tarcor Park berkeluasan sebanyak 16,592 kaki persegi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN