PETALING JAYA: Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini dengan prestasi positif, sejajar dengan keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi global yang semakin stabil.
FTSE KLCI Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 3.28 mata kepada 1,691.40 pada 9.06 pagi hari ini, berbanding 1,688.12 ketika ditutup pada Selasa.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,691.42.
Jumlah dagangan sebanyak 336.37 juta unit bernilai RM123.73 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 226 berbanding 126 dengan 254 kaunter tidak berubah dan 2,123 tidak diniagakan.
Dalam pada itu, Nikkei Jepun naik 608.77 mata atau 1.05 peratus kepada 58,486.16 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, STI Singapura menaik 0.45 peratus kepada 5,030.27 dan indeks KOSPI Korea Selatan naik 183.28 mata atau 3.07 peratus kepada 6,151.03. – UTUSAN










