Bekas KP Pendidikan wanita pertama meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas KP Pendidikan wanita pertama meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Wanita pertama yang dilantik memegang jawatan Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Asiah Abu Samah, meninggal dunia pada usia 89 tahun di Hospital KPJ Damansara akibat sakit jantung pada pukul 5 pagi tadi.

Anak saudara Allahyarham, Shafinaz Shamsudin yang mengesahkan berita itu memberitahu, urusan mandi dan kafan jenazah dijadualkan pada pukul 10 pagi di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, sebelum disolatkan selepas solat zuhur.

“Jenazah Allahyarham kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara,” katanya ketika dihubungi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, Allahyarham mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi wanita pertama dilantik memegang jawatan Ketua Pengarah di Kementerian Pendidikan pada 27 November 1991.

 Allahyarham berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sejarah serta Diploma Pendidikan dari Universiti Malaya, Singapura, pada 1961, dan memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Penang Free, Pulau Pinang. 

Sepanjang perkhidmatannya, Allahyarham pernah memegang pelbagai jawatan penting, termasuk di Institut Bahasa di Lembah Pantai, Kolej Tunku Kurshiah di Seremban, dan beberapa bahagian di Kementerian Pendidikan.

Allahyarham dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah I pada pertengahan 1990.

Beliau bersara wajib sebagai Ketua Pengarah Pendidikan pada 1992.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini