Moomoo Malaysia dinobat broker terbaik

Moomoo Malaysia dinobat broker terbaik di anugerah Bursa Malaysia

INDY Lau (tengah) menerima Anugerah Top Broker (Keseluruhan) di Bursa Malaysia Retail Salesforce Awards 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Moomoo Securities Malaysia Sdn. Bhd. (Moomoo Malaysia) dinobatkan sebagai Top Broker (Keseluruhan) di Bursa Malaysia Retail Salesforce Awards 2024, sekali gus meraih anugerah bagi Jumlah Akaun Baharu Dibuka Tertinggi dan Nilai Dagangan Tertinggi daripada Pelabur Baharu.

Pengiktirafan ini menandakan pencapaian penting dalam perjalanan Moomoo Malaysia, mencerminkan penerimaan pantas platform ini, komitmen terhadap inovasi serta pengaruh yang semakin berkembang dalam membentuk semula tingkah laku kewangan generasi pelabur baharu di Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi Moomoo Malaysia, Indy Lau berkata, pihaknya berasa amat berbesar hati menerima pengiktirafan ini serta bangga menjadi sebahagian daripada transformasi yang lebih besar.

“Pencapaian kami pada tahun 2024 bukan sekadar angka. Ia mencerminkan satu perubahan asas iaitu pelaburan menjadi lebih strategik, berdisiplin dan berasaskan data. 

“Kami berbangga dapat memacu perubahan ini untuk pelabur Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, 2024 menyaksikan cabaran besar kepada pelabur di seluruh dunia dengan tekanan inflasi yang berterusan, ketegangan geopolitik yang meningkat, dan perubahan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) telah menyumbang kepada ketidaktentuan pasaran yang meluas. 

“Namun begitu, pelabur runcit Malaysia kekal berdaya tahan, dengan peningkatan penyertaan dalam pelbagai kelas aset.

“Dalam landskap ini, Moomoo Malaysia mencapai pertumbuhan platform yang luar biasa dan memperkukuh peranannya sebagai pemacu utama penyertaan pelabur dengan lebih 600,000 pengguna baharu berdaftar, menjadikan Moomoo aplikasi dagangan nombor satu di Malaysia dari segi muat turun dan pengguna aktif harian.

“Pengembangan akses pelbagai pasaran, membolehkan pelabur Malaysia memasuki pasaran ekuiti tempatan dan global secara lancar termasuk pasaran AS, Hong Kong, Singapura dan saham A China,” ujarnya.

Tahun ini, Moomoo Malaysia menjangkakan perbezaan ketara antara pasaran global dan tempatan. 

“Ketegangan perdagangan yang diperbaharui, pengukuhan ringgit Malaysia dan tekanan pendapatan sektor tertentu dijangka membentuk strategi pelaburan.

“Syarikat ini menjangkakan penyertaan pelabur runcit akan kekal aktif, terutamanya dalam sektor domestik seperti infrastruktur, kewangan dan sektor bertahan tertentu, serta melihat kepentingan disiplin peruntukan portfolio sebagai semakin kritikal dalam persekitaran yang tidak menentu,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN