MN Holdings peroleh kontrak penting RM137.80j daripada TNB

MN Holdings peroleh kontrak penting RM137.80j daripada TNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MN Holdings Berhad (MN Holdings), menerima kontrak RM137.80 juta daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk projek di Terengganu.

Kontrak  pengambilan utama penghantaran baharu (PMU) 275 kilovolt (kV) Stesen Suis Kenyir Pencawang Bertebat Gas (GIS) tersebut diperoleh melalui anak syarikat milik penuh, MN Power Transmission Sdn. Bhd. (MNPTSB) dan Mutu Nusantara Sdn. Bhd. (MNSB).

MN Holdings akan membekal, memasang dan mentauliahkan PMU lengkap dengan kerja-kerja sivil utama, menengah dan semua yang berkaitan. 

Projek ini akan berlangsung selama 730 hari dan dijangka siap pada Mac 2027.

Pengarah Eksekutif MN Holdings, Dang Siong Diang berkata, kumpulan berbesar hati untuk mendapatkan kontrak kami terus daripada TNB, mengukuhkan kedudukan kami dalam sektor infrastruktur tenaga Malaysia. 

“Projek ini bukan sahaja bukti keupayaan kejuruteraan kami tetapi juga mencerminkan kepercayaan TNB dalam keupayaan kami untuk menyampaikan penyelesaian berkualiti tinggi yang memenuhi piawaian teknikal dan operasi yang ketat.

“Dengan margin rizab tenaga Semenanjung Malaysia diunjurkan kekal sihat pada 28 peratus hingga 36 peratus dan permintaan elektrik dijangka berkembang sebanyak 2.9 peratus setiap tahun.

“Ia dipacu oleh pengembangan ekonomi dan kebangkitan pusat data, kami melihat prospek yang kukuh untuk peningkatan grid dan infrastruktur.

“Digabungkan juga dengan inisiatif seperti Program Solar Skala Besar (LSS) Dispatch Elektrik Baharu (LSS) serta New Electrical Enhanced Dispatch,” katanya dalam kenyataan. 

Katanya, Tarif (GET) 2025 menawarkan sehingga 6,600GWj tenaga boleh diperbaharui untuk langganan dan perkembangan ini memberikan peluang yang jelas kepada MN Holdings untuk menyokong peralihan pantas Malaysia ke arah masa depan tenaga rendah karbon dan mampan.

Perolehan kontrak terbaru itu menjadikan buku pesanan MN Holdings kepada RM977.8 juta, mencerminkan kejayaan berterusannya dalam mendapatkan projek bernilai tinggi yang meningkatkan infrastruktur kuasa Malaysia. 

Kumpulan terus komited untuk menyampaikan penyelesaian yang boleh dipercayai dan mampan sambil memacu pertumbuhan jangka panjang dan nilai untuk pemegang kepentingannya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×