PETALING JAYA: AEON Bank mengukuhkan perkongsian strategik dengan Visa dalam mengubah pengalaman pengguna tempatan dalam pembayaran digital dan transaksi tanpa tunai di Malaysia.
Perkongsian itu akan bermula dengan pelancaran Kad Debit-i AEON Bank x Visa dan akan segera diperluaskan untuk merangkumi pelbagai penyelesaian pembayaran digital.
Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank (M) Berhad. Raja Teh Maimunah berkata, AEON Bank mengoptimumkan keupayaan inovatif bersama Visa dalam menyediakan penyelesaian perbankan yang selamat, mudah diakses, dan selesa.
“Ini membolehkan pelanggan kami menikmati pelbagai manfaat melalui rangkaian luas pedagang dan rakan Visa serta membolehkan kami menawarkan penyelesaian yang patuh shariah kepada rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Pengurus Negara Visa untuk Malaysia, Ng Kong Boon berkata, industri pembayaran, tuntutan pengguna dan teknologi pembayaran sedang berkembang cepat.
“Kami gembira untuk berkerjasama dengan AEON Bank kerana membolehkan kami berkembang dengan landskap yang berubah.
Ng berkata, Visa bangga dalam menyokong fasa pertumbuhan bagi AEON Bank dan mengubah cara rakyat membayar dan menerima bayaran.
Sempena pelancaran itu, pengguna Kad Debit-i AEON Bank x Visa akan menikmati ganjaran menarik dan bonus pendaftaran semasa tempoh kempen berlangsung. – UTUSAN










