AS enggan keluar visa kepada anggota delegasi Presiden Iran - Utusan Malaysia

AS enggan keluar visa kepada anggota delegasi Presiden Iran

MASOUD PEZESHKIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Amerika Syarikat (AS) enggan mengeluarkan visa kepada anggota delegasi Presiden Iran, Masoud Pezeshkian termasuk pasukan komunikasinya untuk lawatan ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu ini, lapor media kerajaan Iran pada Isnin.

Pezeshkian akan menjadi pegawai kanan Iran berpangkat tertinggi yang memasuki AS sejak perang di Asia Barat bermula dengan serangan AS-Israel terhadap Iran pada Februari lalu.

“Dalam tindakan bermusuhan yang belum pernah berlaku sebelum ini oleh kerajaan AS, (Presiden AS Donald) Trump menafikan visa AS kepada beberapa anggota delegasi peringkat tinggi presiden, termasuk anggota pasukan komunikasinya,” lapor agensi berita rasmi IRNA.

Agensi berita Mehr turut melaporkan perkara itu dengan memetik jurucakap kepresidenan Iran, dan menambah bahawa Pezeshkian akan berucap pada Perhimpunan Agung PBB pada Rabu.

AS membenarkan delegasi Iran melakukan perjalanan bagi menghadiri Perhimpunan Agung PBB.

Namun, seperti tahun lalu, beberapa sekatan akan dikenakan.

Sebagai contoh, delegasi Iran tidak dibenarkan membeli barangan mewah atau barangan lain, menurut Jabatan Negara AS pada Khamis.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi yang merupakan sebahagian daripada delegasi ke PBB, berlepas dari Iran pada petang Ahad untuk singgah di Qatar.

Iran berkata, pihaknya telah menyampaikan kepada AS melalui Qatar sebagai orang tengah, syarat bagi membuka semula laluan perkapalan minyak dan gas strategik di Selat Hormuz, yang disekatnya sejak perang bermula.

Sebagai tindak balas, AS mengenakan sekatan balas terhadap pelabuhan Iran. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×