PETALING JAYA: Platform pelancongan digital Agoda mengumumkan senarai destinasi pelancongan dengan purata kadar penginapan termurah bagi memudahkan para pelancong merancang percutian mereka di hujung minggu yang panjang dan cuti umum yang akan menjelang. Pelancong yang inginkan tawaran terbaik di Asia harus mempertimbangkan Udon Thani, Thailand. Manakala di Malaysia, Kuching, Sarawak menawarkan kadar bilik yang paling kompetitif untuk pelancong pada bulan April dan Mei. Menjelang bulan April dan Mei yang sarat dengan…










