KLCC sediakan ruang mesyuarat mesra pengguna - Utusan Malaysia

KLCC sediakan ruang mesyuarat mesra pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) menyediakan ruang mesyuarat baharu yang dilengkapi dengan ciri-ciri inovasi yang dapat memberi keselesaan kepada pengguna.

Pengurus Besar KLCC, John Burke berkata, ruang mesyuarat eksklusif itu menyasarkan kepada persekitaran yang unik dan menggabungkan keselesaan yang canggih dengan teknologi terkini.

Katanya, pakej SmartConnect@301 juga turut ditawarkan kepada pengguna supaya dapat mengawal ruang mesyuarat dengan sentuhan yang mudah akses.

“Ruang eksklusif itu juga direka semula dengan konsep Bawa-Peranti-Anda (BYOD) untuk menyelaraskan keselesaan dengan dipenuhi teknologi terkini.

“Dengan kemudahan ini, kami dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih premium dan mengekalkan kompetitif yang relevan kepada keperluan penganjur dan peserta mesyuarat,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Teknikal Pusat, Alifhazwah Mohd. berkata, matlamat mereka adalah untuk menggalakkan penglibatan yang lebih baik dan memastikan pengalaman acara yang memuaskan pelanggan.

“Pakej SmartConnect@301 yang baru dilancarkan menandakan komitmen dalam menyediakan persekitaran yang sesuai dengan pelbagai acara, daripada pembelajaran hingga rekreasi.

“Kami ingin memenuhi keperluan pelanggan, bukan dengan menawarkan gajet yang terbaharu sahaja tetapi turut menawarkan penyelesaian yang tepat untuk setiap acara bagi memaksimumkan manfaat kepada pelanggan dan tetamu.

“Dengan manfaat ini juga, kedudukan syarikat juga dapat diperkukuhkan sebagai tempat utama di rantau ini,” ujarnya.

Pakej SmartConnect@301 kini tersedia untuk tempahan pada harga pengenalan yang menarik iaitu RM301+ seorang sehingga 31 Julai 2024. 

Untuk maklumat lanjut atau menempah ruang ini, hubungi Pusat Konvensyen Kuala Lumpur melalui e-mel [email protected] atau hubungi +603 2333 2888. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×