Simulasi tumpu pergerakan konvoi kenderaan pemimpin

Simulasi tumpu pergerakan konvoi kenderaan pemimpin

LATIHAN simulasi Pergerakan Konvoi Delegasi ASEAN-GCC 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Latihan simulasi keselamatan sempena pe­nganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, menumpukan pergerakan konvoi kenderaan delegasi dan pemimpin negara Asean.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati simulasi dilaksanakan mengambil kira waktu sebenar pergerakan pada program berlangsung dua hari bermula Isnin ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Bukit Aman, Deputi Komisio­ner M.V Sri Kumar berkata, lebih 6,200 pegawai dan anggota ditugaskan sepanjang sidang kemuncak berlangsung de­ngan jumlah penugasan dijangka bertambah dari semasa ke semasa.

“Selain kawalan laluan, anggota turut ditempatkan untuk memantau pergerakan dan persiapan keselamatan termasuk aspek pengesanan logam (metal detector) dan pengecaman wajah (facial recognition),” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau menegaskan orang awam perlu memahami kepen­tingan acara dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Kita hanya tutup jalan untuk tempoh seminggu secara berperingkat demi memastikan kelancaran dan keselamatan acara,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai menangguhkan pergerakan tidak perlu terutamanya sekitar ibu negara.

Sidang Kemuncak ASEAN dijadual bermula dengan mesyuarat peringkat pegawai-pegawai kanan pada 23 Mei diikuti mesyua­rat peringkat menteri pada 25 Mei, manakala mesyuarat ketua-ketua kerajaan bermula 26 Mei. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN