Tren KLCC, Ampang Park, antara yang ditutup

Tren KLCC, Ampang Park, antara yang ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa stesen RapidKL ditutup sementara pagi ini bagi memastikan aspek keselamatan pengguna terjamin.

Menerusi satu kenyataan RapidKL, penutupan berkenaan berlangsung dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, melibatkan stesen tertentu di tiga laluan utama seperti Kelana Jaya, Putrajaya dan Kajang.

Antara stesen yang terlibat ialah Ampang Park dan KLCC di Laluan Kelana Jaya; Conlay, Persiaran KLCC serta Ampang Park di Laluan Putrajaya; manakala Bukit Bintang bagi Laluan Kajang.

“Stesen lain akan beroperasi seperti biasa,” katanya.

RapidKL turut menasihatkan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu supaya merancang perjalanan lebih awal serta mempertimbangkan laluan atau pengangkutan alternatif sepanjang tempoh penutupan.

“Penumpang yang memerlukan bantuan boleh berhubung dengan pegawai stesen atau anggota polis bantuan di lokasi masing-masing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN