TDM laksana misi pasca banjir di Dungun

TDM laksana misi pasca banjir di Dungun

SUKARELAWAN TDM membantu penduduk membersihkan barangan dan kediaman yang terjejas teruk akibat banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TDM Berhad (TDM) bersama 200 sukarelawan turun menghulurkan bantuan bagi kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas akibat bencana banjir di Pasir Raja, Dungun.

Pengarah Eksekutif TDM, Kamaruddi Najman Kamaruddin dalam kenyataan berkata, kawasan di Pantai Timur Semenanjung khasnya di Dungun dilanda hujan yang berterusan sehingga mengakibatkan kejadian banjir yang di luar jangka ekoran fenomena air pasang besar pada minggu lepas.

Jelas beliau, banyak rumah terjejas dan menjadi kotor selepas air banjir memasuki kawasan kediaman penduduk dan mengambil masa berhari-hari untuk membersihkan semula kediaman mereka.

Sehubungan itu katanya, kakitangan Kumpulan TDM berganding bahu bersama pasukan dari Golden Pharos Berhad, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC), Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU), Majlis Perbandaran Dungun dan Pembinaan Tetap Teguh Sdn. Bhd. (PTT) menjayakan misi pasca banjir berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, TDM sentiasa berusaha memberi impak positif kepada komuniti dalam melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada operasi dan kebaikan komuniti penduduk setempat.

“Itulah menjadi penggerak utama selain aktiviti khidmat mencuci rumah ke rumah, kami turut menyampaikan sumbangan dalam bentuk bakul makanan keperluan harian dan wang tunai kepada penduduk terkesan terdiri daripada warga emas dan golongan miskin.

“Kami berharap bantuan yang dihulur dapat meringankan emosi yang ditanggung setelah mengalami kerosakan harta benda dan doa kami semoga musibah yang melanda akan diganjari dengan pahala atas kesabaran mereka,” katanya.

Beliau berkata, misi Pasca Banjir itu memberi fokus membersihkan rumah penduduk dan tempat awam seperti surau, masjid dan sekolah yang terjejas dan disaluti lumpur tebal akibat bencana tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×