PETALING JAYA: Saham Reneuco Berhad susut pada Rabu selepas Bursa Malaysia Securities memberi amaran bahawa urus niaga saham berkenaan akan digantung jika syarikat itu gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2023. Pada 5 petang, saham syarikat yang juga pakar tenaga boleh baharu itu susut 37.5 peratus atau 0.03 sen kepada 0.05 sen. Bursa Malaysia dalam kenyataannya kelmarin berkata, Reneuco gagal mengemukakan laporan tahunan menjelang 31 Januari…










