PN17: Bursa pantau prestasi Reneuco

PN17: Bursa pantau prestasi Reneuco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia memaklumkan, pihaknya akan terus memantau prestasi Reneuco selepas syarikat itu termasuk dalam senarai PN17.

“Bursa Securities ingin menekankan bahawa ia akan terus memantau kemajuan Reneuco berkenaan pematuhannya dengan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, harga saham Reneuco Bhd. jatuh sebanyak 14 peratus dalam dagangan awal hari ini selepas syarikat itu tersenarai ke status Nota Amalan 17 (PN17), selepas juruauditnya mengeluarkan penafian mengenai penyata kewangan disatukan Syarikat tidak diaudit bagi tempoh berakhir 30 September 2023.

Kaunter itu kemudian mengurangkan kerugian kepada 6.5 sen, turun setengah sen atau 7.14 peratus, menilai Kumpulan itu pada RM67.32 juta.

Ia merupakan saham aktif keempat dengan 35.64 juta saham didagangkan, lebih dua kali ganda volum purata 200 harinya sebanyak 13.26 juta.

Saham Reneuco telah jatuh lebih 72 peratus setakat ini dan 78 peratus pada tahun lalu, menurut laporan The Edge.

Menurut laporan itu, juruaudit luarnya Al Jafree Salihin Kuzami PLT mengeluarkan penafian kerana ia tidak dapat memperoleh bukti audit yang sesuai untuk menyediakan asas bagi pendapat audit mengenai penyata kewangan Kumpulan.

Juruaudit mengeluarkan penafian berkisar kebenaran penghutang dagangan, pemiutang perdagangan, hasil dan kos jualan Kumpulan.

Al Jafree telah meminta jawatankuasa audit Reneuco untuk menjalankan semakan bebas khas, usaha wajar teknikal dan semakan prestasi kos ke atas tiga projek tempatan untuk memastikan kebenaran transaksi yang berkaitan dengannya, katanya.

Menurut laporan itu lagi, bagi tahun kewangan 2023 (TK2023), Kumpulan mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM117.04 juta, berbanding keuntungan bersih berjumlah RM6.04 juta pada tahun kewangan sebelumnya (TK2022), manakala hasil turun 54 peratus kepada RM64.6 juta daripada RM140.38 juta.

Kumpulan mempunyai wang tunai dan baki bank sebanyak RM14.5 juta pada TK2023, dengan deposit dan bayaran pendahuluan berjumlah RM9.83 juta. Kumpulan turut menanggung pinjaman jangka pendek berjumlah RM20.78 juta dan pinjaman jangka panjang sebanyak RM73.63 juta, katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×