PGB, Solarvest pacu pembangunan mampan Johor

PGB, Solarvest pacu pembangunan mampan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Paragon Globe Berhad (PGB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Solarvest Holdings Berhad (Solarvest) bagi memberi tumpuan kepada tenaga boleh perbaharu (TBB), melibatkan kilang solar baharu dan bandar perindustrian hijau di Johor

Projek itu akan dibiayai oleh Solarvest melalui program pembiayaan solar Powervest yang akan membolehkan PGB mengadaptasi penyelesaian tanpa sebarang modal permulaan.

Projek itu dijangka menghasilkan sekitar 12.5MWp dalam kapasiti TBB secara keseluruhan dan menjadikannya antara bandar perindustrian hijau dan cekap tenaga terunggul di Johor.

Pengerusi Eksekutif PGB, Datuk Seri Edwin Tan Pei Seng dalam kenyataan berkata, visi PGB untuk membangunkan bandar perindustrian yang bersedia untuk solar di Johor Bahru dan menyumbang kepada status negeri sebagai hab tenaga boleh baharu yang berkembang.

“Kami berharap projek ini dapat menarik pelaburan langsung asing tambahan ke negeri ini, yang pada 2022, mencatatkan jumlah FDI sebanyak RM70.6 bilion paling tinggi di antara semua negeri,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Solarvest, Davis Chong Chun Shiong berkata, dengan tenaga boleh baharu dan kenderaan elektrik menjadi dua fokus utama Johor dalam mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM260 bilion menjelang 2030.

Jelasnya, inisiatif utama seperti rel laju Kuala Lumpur-Singapura dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura akan menarik pelaburan untuk pembangunan infrastruktur kawasan tersebut dengan mencipta kesan positif kepada industri tenaga boleh diperbaharui.

Menurutnya, kerjasama itu satu lonjakan besar dalam mencapai matlamat “Johor Green Deal” untuk mempercepatkan peralihan tenaga dalam bangunan komersial dan industri di rantau ini.

“Dengan pelancaran yang menarik bagi LSS5, tambahan kuota NEDA dan NEM, kami yakin Johor berada pada kedudukan strategik untuk mendapat manfaat daripada dasar-dasar negara ini yang melengkapkan dengan sumber dan ruang tanah yang kaya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×