Indeks harga pengeluar perkhidmatan meningkat 1.0%

Indeks harga pengeluar perkhidmatan meningkat 1.0% pada suku ketiga 2023

FIRMA penyelidikan unjur naik KNDK 2024 Malaysia hingga 5.0 peratus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indeks harga pengeluar perkhidmatan (IHPRP) meningkat 1.0 peratus kepada 115.5 mata pada suku keempat 2023 berbanding 115.4 mata pada suku ketiga tahun sama.

IHPRP adalah untuk mengukur perubahan harga pengeluar bagi sektor perkhidmatan tempatan di Malaysia.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kebanyakan subsektor merekodkan peningkatan harga pada suku tahun ini.

Katanya, subsektor kesenian, hiburan dan rekreasi meningkat sebanyak 5.5 peratus disumbangkan oleh peningkatan aktiviti perjudian dan pertaruhan (6.2 peratus).

“Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman merekodkan kenaikan 3.4 peratus disebabkan oleh kenaikan dalam aktiviti perkhidmatan minuman (4.0 peratus) dan restoran dan aktiviti perkhidmatan makanan bergerak (3.8 peratus).

“Pada masa yang sama, subsektor lain yang mencatatkan kenaikan adalah pendidikan (1.0 peratus), aktiviti hartanah (0.6 peratus), kesihatan (0.3 peratus) dan profesional (0.2 peratus).

“Namun begitu, indeks bagi pengangkutan mencatatkan penurunan negatif 0.5 peratus disebabkan oleh pengangkutan udara penumpang (-2.7 peratus). Sebaliknya, indeks maklumat dan komunikasi kekal tidak berubah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, perbandingan suku tahun ke suku tahun menunjukkan IHPRP meningkat perlahan 0.1 peratus berbanding 0.4 peratus yang direkodkan pada suku tahun sebelumnya.

Menurutnya, kenaikan ini disumbangkan oleh penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman (0.4 peratus), aktiviti hartanah (0.3 peratus) serta kesenian, hiburan dan rekreasi (0.3 peratus).

Pada masa yang sama, beliau berkata, kedua-dua subsektor pendidikan dan kesihatan juga merekodkan kenaikan 0.1 peratus.

“Sementara itu, indeks profesional serta maklumat dan komunikasi kekal tidak berubah. Namun begitu, indeks pengangkutan mencatatkan penurunan perlahan negatif 0.1 peratus,” ujarnya.

Mohd Uzir merumuskan IHPRP meningkat 2.1 peratus pada 2023, adalah sama seperti tahun sebelum ini.

“Selain maklumat dan komunikasi yang kekal tiada sebarang perubahan, subsektor lain mencatatkan peningkatan pada 2023,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×