PETALING JAYA: Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) digalak meningkatkan aliran masuk ke dalam pasaran pertukaran asing bagi mengukuhkan nilai ringgit. Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, ringgit pada masa ini terkurang nilai (undervalued). Kata beliau, memandangkan asas dan prospek ekonomi Malaysia adalah positif, ringgit sewajarnya didagangkan pada tahap yang lebih tinggi. “BNM telah meningkatkan perbincangan dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat…










