Luno lancar fungsi Stake bagi Ethereum

Luno lancar fungsi Stake bagi Ethereum

LUNO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Luno, bursa aset digital dikawal selia melancarkan fungsi Stake bagi Ethereum (ETH), kaedah mudah dan selamat untuk pelanggan menerima ganjaran ETH mingguan dengan hanya membantu integriti rangkaian.

Pengurus Negara di Luno Malaysia, Scarlett Chai berkata, fungsi Stake pada aplikasi Luno akan dilancarkan di Malaysia dengan permulaan sokongan terhadap Ethereum.

Jelasnya, pelanggan hanya perlu mencipta dompet ‘Staking’ dan boleh menerima sehingga empat peratus setahun dalam bentuk ETH hanya dengan menyimpan (HODL dalam slanga kripto) ETH.

“Kadar ganjaran ini boleh turun naik bergantung kepada permintaan rangkaian dan jumlah pengesah aktif serta akan diberikan secara mingguan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, pelanggan akan menjadikan mata wang kripto mereka sebagai Stake iaitu koin tidak boleh dijual atau dihantar, namun boleh ‘menarik Stake’ pada bila-bila masa dan mengeluarkan koin daripada dompet Staking.

Scarlett menambah, Luno mempunyai fokus menjadikan pembelian, penjualan dan penyimpanan kripto selamat dan mudah.

“Sebagai pembimbing kripto yang dipercayai, kami menjadikan proses ini semudah menekan satu butang pada aplikasi Luno untuk membuka dompet Staking.

“Terdapat deposit minimum sebanyak 0.00001 ETH atau RM1 dan perkhidmatan ini akan menarik minat pelanggan yang ingin menyimpan ETH untuk jangka masa panjang,” katanya.

Tambahnya, Malaysia merupakan negara kedua selepas Afrika Selatan yang melancarkan fungsi Stake kepada pelanggannya.

Dalam pada itu, Luno kekal komited memacu penerimaan kripto dengan terus melakukan inovasi dan memperkenalkan fungsi-fungsi serta produk baharu dengan pemberatan terhadap keselamatan pelabur.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN