Wiwynn Malaysia mula beroperasi di Senai Airport City

Wiwynn Malaysia mula beroperasi di Senai Airport City

MOHD. FAHMI SALAM (tiga dari kiri) bersama Emily Hong (tiga kanan) menyempurnakan Majlis Perasmian Wiwynn Malaysia di Senai Airport City, Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Sebuah syarikat pembekal infrastruktur berkaitan teknologi maklumat (IT) dari Taiwan, Wiwynn Corporation selesai membangunkan fasa pertama pusat integrasi pelayan komputer di negeri ini.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Strategi Wiwynn Corporation, Emily Hong berkata, pusat data yang dibangunkan di Senai Airport City itu adalah langkah penting bagi syarikat itu kerana merupakan pusat operasi pertama mereka di peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu, pihaknya menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri kerana membantu memudahkan pembinaan pusat data berkenaan yang dikenali sebagai Wiwynn Malaysia.

“Wiwynn Malaysia adalah satu kejayaan yang memainkan peranan penting dalam strategi global kami. Ia akan memainkan peranan penting sebagai hab pengeluaran dan perkhidmatan kami di rantau Asia Pasifik.

“Pusat pelayan yang dibangunkan itu akan membantu syarikat merealisasikan matlamat menjadi pusat sehenti bagi perkhidmatan pembuatan dan bidang kejuruteraan,” katanya pada majlis perasmian Wiwynn Malaysia yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Mohd. Fahmi Salam yang mewakili Menteri Besar Johor, semalam.

Wiwynn Malaysia akan turut mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi tempatan termasuk universiti terkemuka di negara ini bagi meningkatkan kemahiran kejuruteraan tempatan.

“Langkah ini akan membolehkan syarikat menyediakan pelayan komputer serba moden serta teknologi penyejukan bersesuaian untuk pusat data berskala besar,” jelasnya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu kenyataan memaklumkan, pembukaan Wiwynn Malaysia akan memberikan kesan positif terhadap ekonomi tempatan.

“Kerajaan negeri komited untuk membantu syarikat pelabur luar membangunkan pelbagai sektor berkepentingan, khususnya di Johor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN