Sunway Property catat tempahan RM1 bilion

Sunway Property catat tempahan RM1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sunway Pro­perty mencatatkan tempahan (jualan hartanah) bernilai RM1 bilion daripada kempen Signature Series 2023.

Pencapaian itu susulan kejayaan kempen Signature Series 2022 yang mencatatkan tempahan berjumlah RM800 juta.

Ketua Pegawai Jenama dan Pemasaran Sunway Property, Gerard Yuen berkata, kejayaan kempen itu mendapat sokongan berterusan daripada pembeli rumah.

“Kami akan terus memberikan nilai dengan memastikan bahawa setiap Signature Home yang kami cipta akan menyertakan ciri-ciri Kemampanan, Inovasi, Kesihatan & Kesejahteraan serta Gaya Hidup & Pengalaman Baharu, mengikut piawaian tertinggi kami.

“Dengan ini, kami akan mem­bolehkan komuniti terus berkembang maju. Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 tahun depan, kami akan melancarkan kempen yang lebih besar untuk pembeli rumah,” katanya dalam kenyata­an.

Satu aspek utama kempen Signature Series 2023 ialah kemasukan automatik pembeli rumah baharu ke dalam keahlian Komuniti MCD Sunway Proper­ty.

Keahlian itu memberi pembeli rumah akses kepada rangkaian perkhidmatan pasca jualan termasuk Rent+, Care+ dan Reward+, yang menjadikan keahlian Komuniti MCD benar-benar istimewa dan unik.

Gerard berkata, keahlian Komuniti MCD direka untuk menawarkan lebih daripada pe­ngalaman membeli rumah biasa kepada pembeli.

“Ia memastikan setiap penduduk terus berasa dihargai dan disokong sepanjang perjalanan pemilikan rumah mereka. Tambahan pula, faedah keahlian melangkaui pembeli rumah; ia juga tersedia kepada pembeli sub-jualan dan penyewa Sunway Property,” jelasnya.

Projek yang terdapat dalam kempen tersebut termasuk Sunway Serene, Sunway Artessa, Sunway d’hill, Sunway Velocity TWO, Sunway Belfield, Jernih Residence, Sunway Alishan Residences dan Sunway Flora Residences di Lembah Klang.

Sementara di Johor pula, kempen melibatkan projek Sakura Residence, Sunway Citrine Residences, Sunway Emerald Residence, Sunway Lenang Heights, Sunway GRID Residence dan Sunway Aviana.

Selain itu turut terlibat ialah projek Sunway Onsen Suites dan Sunway Bayu di Ipoh serta Sunway Dora di Pulau Pinang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN