Syed Hamadah dilantik Pengarah Urusan, CEO tabung haji baharu

Syed Hamadah dilantik Pengarah Urusan, CEO Tabung Haji baharu

haji
SYED HAMADAH SYED OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan perlantikan Syed Hamadah Syed Othman sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH baharu berkuatkuasa 6 Mei 2023.

Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan Datuk Seri Amrin Awaluddin yang telah melengkapkan penggal perkhidmatan dua tahun sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif serta Ahli Lembaga TH pada 5 Mei 2023.

TH dalam satu kenyataan berkata, perlantikan Syed Hamadah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)  Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, TH mengalu-alukan perlantikan Syed Hamadah dan yakin dengan kemahiran serta pengalaman luas yang dimiliki bekas  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) itu.

“Saya yakin dengan kemahiran dan pengalaman luas yang dimiliki oleh Syed Hamadah akan dapat meneruskan usaha memperkukuhkan TH dari segi tadbir urus dan operasi ke tahap yang lebih cemerlang dan membanggakan di masa hadapan

“Ahli Lembaga dan Pengurusan Kanan TH turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Amrin atas komitmen serta usaha beliau  dalam mengatur strategi bagi mencapai aspirasi Hijrah24 dalam melonjakkan aktiviti pengurusan haji, operasi cawangan dan pelaburan supaya TH terus kekal berdaya saing, mampan dan berwibawa selari dengan arus semasa dalam aspek  pengukuhan struktur tadbir urus korporat, dan inisiatif digitalisasi,” katanya.

Menurut TH, Syed Hamadah berpengalaman luas dalam sektor korporat dan merupakan pengarah serta rakan kongsi di Actuarial Partners  Consulting Sdn. Bhd.

Beliau turut mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dan pakar dalam perundingan multinasional dan organisasi tempatan mengenai reka bentuk pencen, pembiayaan, perakaunan pencen, penggabungan dan  pengambilalihan.

Syed Hamadah juga merupakan Felo di Fakulti Aktuari dan Felo di Persatuan  Aktuari Malaysia dan  mempunyai Ijazah Kepujian dalam Matematik Aktuari dan Statistik dari Heriot Watt University, Edinburgh pada 1994. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.