TH perkukuh kedudukan di pasaran hartanah UK

TH perkukuh kedudukan di pasaran hartanah UK

haji
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) mengukuhkan pelaburannya dalam pasaran hartanah luar negara dengan memuktamadkan rundingan pembelian bangunan di kota London pada 12 Julai lalu.

Pembelian bangunan berstatus pegangan bebas itu adalah tambahan kepada senarai pelaburan TH yang mempunyai portfolio hartanah di United Kingdom (UK) sejak 2012.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, hartanah tersebut merupakan pejabat kerajaan yang menempatkan Kementerian Pengangkutan United Kingdom.

“Pemilikan hartanah tersebut akan memberikan pulangan jangka panjang yang baik kepada TH kerana kontrak sewaan yang panjang, kos penyelenggaraan ditanggung sepenuhnya oleh penyewa, kadar sewaan yang menaik setiap tahun dan nilai pasaran yang stabil.

“Ia juga selaras dengan objektif pelaburan TH untuk mempelbagaikan jenis pelaburan dari segi aset dan lokasi,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN