Etiqa lancar dana pelaburan - Utusan Malaysia

Etiqa lancar dana pelaburan

Siti Nita Zuhra Mohd. Nazri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Etiqa melancarkan Dana Dividen Ekuiti Asian Premier, dana berkaitan pelaburan terbuka yang membayar agihan pendapatan kepada pemilik polisi.

Dana itu adalah dana terbaharu yag dilaburkan oleh individu melalyu Dynamic Invest, iaitu pelan pelaburan insurans premium tunggal terbuka berkaitan pelaburan.

Pelan itu ditaja jamin oleh Etiqa Life Insurance Berhad dan diedarkan secara eksklusif oleh Maybank.

Ketua Pegawa Bancassurance Etiqa, Siti Nita Zuhra Mohd. Nazri berkata, syarikat berbesar hati dapat menawarkan dana tersebut kepada pelanggan kerana ia merupakan dana berkaitan pelaburan terbuka pertama Etiqa yang membayar agihan pendapatan kepada pemilik polisi produk insuransnya iaitu Dynamic Invest.

katanya, pelancaran dana itu tepat pada masanya kerana pendapatan bagi syarikat di Asia dijangka pulih dengan kukuh apabila vaksinasi Covid-19 menjadi lebih luas dan persekitaran kadar faedag yang rendah akan mendorong untuk memperoleh pendapatan dividen.

“Dana dividen cenderung untuk mengalami turun naik yang lebih rendah sambil memberikan potensi pendapatan dan peluang untuk menjadi lebih tinggi berbanding rantau lain, sehingga menjadikan dana ini sebagai pilihan yang lebih menarik,” katanya.

Menurut Etiqa, untuk memanfaatkan potensi Dana Dividen Ekuiti Asian Premier, individu perlu mendaftar dengan Dynamic Invest yang memberi perlindungan sehingga umur 100 tahun.

Produk ini membayar sehingga 125 peratus daripada jumlah premium tunggal awal apabila berlaku kematian dan hilang upaya menyeluruh & kekal. Individu dapat mencampur dan memadankan portfolio pelaburan mereka daripada 11 dana pilihan untuk memenuhi keperluan kewangan, dan selera risiko.

“Di samping itu, terdapat fleksibiliti untuk menukar dana, menambah nilai atau membuat pengeluaran sebahagian daripada dana pada bila-bila masa,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN