ParkHomes, kediaman di pinggir bandar - Utusan Malaysia

ParkHomes, kediaman di pinggir bandar

Lokasi strategik Bandar Tasik Puteri mudah diakses melalui Lebuh Raya Latar, NKVE dan Lebuhraya Guthrie.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setiap orang tentunya mengimpikan kediaman terbaik yang selesa dan permai untuk didiami bersama keluarga tersayang.

Saat-saat indah bersama ke­luarga sememangnya amat bermakna lebih-lebih lagi selepas seharian membanting tulang demi tanggung­jawab masing-masing.

Pencarian kediaman ‘impian’ pada masa kini dilihat semakin sukar apatah lagi pembeli sudah meletakkan jangkaan tinggi bagi memenuhi ‘keinginan’ mereka.

Kriteria seperti harga mampu milik, pelbagai kemudahan berhampiran dan juga kebolehcapaian menjadi aspek pilihan utama kepada para pembeli tidak kira sama ada di bandar atau pun pinggir bandar.

Semua kriteria itu sebenarnya telah pun terjawab di Bandar Tasik Puteri (BTP), Rawang.

Terletak di bahagian utara Lembah Klang, BTP yang dibangunkan oleh Rawang Lakes Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat milik penuh Kumpulan Low Yat sememangnya menjanjikan kedamaian di pinggir bandar.

Berada berhampiran dengan ibu negeri Selangor, Shah Alam dan bandar Rawang, BTP yang dibangunkan seawal tahun 2000 merangkumi kawasan seluas 1,080 hektar merupakan perbandaran terbesar di utara Lembah Klang.

 

Pengarah Kumpulan Hartanah (Pembangunan/Perkhidmatan Pengurusan) Low Yat Lee Kok Wah bersama model projek kediaman ParkHomes dengan reka bentuk unik dan moden.

 

BTP mempunyai akses mudah kerana dihubungkan dengan beberapa sistem jalan raya utama termasuk Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) sekali gus memudahkan serta memendekkan masa perjalanan penduduk sama ada untuk ke ibu negara atau ke lain-lain destinasi.

Perbandaran yang kini dihuni oleh lebih 60,000 penduduk dijangka terus berkembang kerana banyak projek baharu sedang direncanakan untuk memenuhi permintaan pembeli yang mengimpikan kediaman di pinggir bandar.

BERKONSEP KOMUNITI

Satu projek yang terbaharu dilancarkan bulan lepas iaitu ParkHomes merangkumi 151 unit rumah teres dua tingkat yang dibina di atas tanah berkeluasan 4.83 hektar.

Projek perumahan ini yang berkonsep komuniti terbuka seakan-akan seperti perbandaran moden dan urban di luar negara.

Penduduk tidak perlu bimbang dengan keselamatan kerana pe­ngawal keselamatan BTP akan sentiasa melakukan rondaan dan mengawasi perbandaran berkenaan termasuk di ParkHomes.

 

Ruang yang luas membolehkan penghuni berkreativiti dalam menyusun atur kediaman mereka.

 

Perumahan berkeluasan 1,603 kaki persegi dengan keluasan tanah 22×75 itu merangkumi empat bilik tidur dan tiga bilik air ditawarkan dari harga RM450,000 tentunya menitikberatkan selesaan penghuni dengan memberikan keluasan ruangan dan mewujudkan elemen ruangan yang berfungsi.

Lebih menarik, konsep terbuka turut ditampilkan dalam reka bentuk rumah di ParkHomes dengan ruang tamu, tempat makan dan dapur direka selari tanpa dinding penghalang sekali gus menjadikannya rekaan kontemporari.

Projek ParkHomes yang dijangka siap menjelang penghujung tahun 2022 atau awal tahun 2023 ini terletak berhampiran dengan taman rekreasi utama di BTP iaitu Central Park berkeluasan 13.4 hektar.

Peminat-peminat golf juga boleh mengisi masa lapang di lapangan golf yang terkemuka iaitu Tasik Puteri Golf & Country Club yang tersedia ada di BTP.

 

Landskap menarik mewujudkan suasana yang damai kepada penghuni ParkHomes.

 

Bagi memenuhi permintaan penduduk dan pelabur berpotensi, BTP bakal menyaksikan pelbagai pembangunan konsep baharu dalam tempoh terdekat termasuk sebuah retail hub diberi nama Pa­radise Fair yang bakal siap dalam tempoh dua tahun.

Malah, pelbagai lagi kemudahan lain bakal dibina termasuk kedai-kedai pejabat dan SOHO di samping hab pendidikan, sekolah antarabangsa serta francais makanan segera.

Pusat perbankan komersial dan pusat kesihatan turut berada dalam perancangan selain balai polis, balai bomba, pasar dan pusat komuniti.

Projek ParkHomes telah dilancarkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menerima sambutan sangat menggalakkan dengan 98 peratus daripada keseluruhan unit telah ditempah. Sepanjang tempoh itu juga, BTP telah mencapai jualan keseluruhan sebanyak RM98 juta.

Bagi memudahkan urusan pembeli, Rawang Lakes telah memperkenalkan sebuah platform tempahan atas talian di btphouzdeal.com.my yang membolehkan pelanggan mendapatkan info berkenaan produk BTP dan juga melihat rumah contoh secara alam maya.

Pelanggan juga boleh memuat turun risalah dan menghubungi konsultan jualan Rawang Lakes bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai BTP dan produk-produk lain yang ditawarkan.

Orang ramai juga boleh meng­hubungi talian 03-60935188 atau melawat galeri jualan di BTP Sales Gallery Rawang menggunakan aplikasi Waze. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya